Bersama Suara Hati
... bisikan nurani luahan sanubari
Friday, January 30, 2004

Cinta Semusim - bhgn akhir

dari bhgn 19 | TAMAT


Jasmine hanya membiarkan aku melayan perasaanku yang terlalu hiba ini. Airmata turun mencurah-curah. Dia masih tenang memandu di sebelah. Tuhan masih memberikan aku ruang untuk mengelak dari terus bersama mereka. Nasibku agak baik kerana Jasmine ada di Kuala Lumpur ketika ini. Dia datang bercuti bersama suaminya. Jadi tak perlulah aku mencari texi untuk menghantar aku ke airport. Aku ingin terus pergi jauh dari mereka. Kasih sayangku berkubur begitu saja. Aku redha dengan ketentuan yang maha Esa. Inilah hukuman yang harus ku terima atas dosa-dosa ku yang lalu. Akan adakah sinar bahagia untuk ku lagi..?

"Min… aku tak tahu kenapalah aku harus di ketemukan dengan dua lelaki yang mempunyai karisma yang tersendiri tetapi punyai pertalian darah yang cukup rapat sekali…. Adilkah hidup ini bagi aku Min…?"

"Sudahlah Hana.. ini semua sudah tentu ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Sebagai kawan aku hanya mampu berkongsi kesedihan. Tapi rasanya tentu tak samakan. Sebab yang berkongsi sedihnya aku…. Tapi yang merasai dan menanggungnya engkau."

"Aku tak boleh membuat pilihan dalam hal ini kerana jika membuat pilihan yang tidak betul akibatnya akan lebih teruk lagi. Aku pasrah Min. Mungkin sudah di takdirkan musim cintaku akan berakhir begini saja.

"Aku rasa lebih baik kau pergi bercuti Kau pergilah kemana-mana saja asalkan kau dapat melupakan kesedihan dalam diri kau. Kalau aku bukan dalam keadaan begini, ingin sekali aku menemani kau. Aku betul-betul kesiankan kau Hana…"


*************



"Min…aku dah ambil cuti panjang."

"Berapa lama ? "

"Dua bulan…."

"Kau nak ke mana ?"

"Aku dah mendaftar untuk mengikuti pakej umrah pada bulan puasa ni. Aku akan menyambut aidifitri di sana."

"Takan kau nak menyambutnya seorang diri di sana ?" tanya Jasmin bimbang.

"Dah nasib aku Min… di mana juga tetap seorang . Hari ini dan hari-hari yang mendatang tetap sama. Jika tuhan masih meminjamkan aku dengan roh ini, terpaksalah aku melalui hari-hari itu keseorangan tanpa berteman. "

"Dua bulan kau ke sana..?"

"Tak… selepas raya aku mungkin ke US..Ke daerah yang mengenalkan aku akan sebuah cinta. Daerah dimana aku belajar menerima kehadiran seorang lelaki yang bernama kekasih dan juga daerah di mana menyebabkan aku menjadi begini di sebabkan kelalaian ku untuk sedetik itu. Kerana kelalaian itulah kegembiraan tak pernah kekal dalam hidupku hingga kini. "

"Hana, sampai bila kau nak ingat kisah duka kau tu. Kenapa kau tak biarkan kenangan itu berlalu saja. Semakin kau mendekatinya, semakin terseksa jiwa kau nanti. Sampai bila kau nak membawa diri jauh dari reality ?. "

"Aku tak boleh Min. Hanya kenangan itu yang aku ada. Walaupun keindahannya bertahan untuk semusim cuma. Ingin ku kutip kembali kenangan lalu bersamanya. "

"Kenapa kau tak bagi peluang pada Ikmal. Dulu masa isterinya meninggal pun dia tak sesedih sekarang . Kesian Afin. Selalu call cari kau "

"Kau tak faham Min…aku mungkin boleh menerima Ikmal jika aku tak pernah 'bersama' Hakim dulu. Aku boleh menyemai cinta yang baru bersama Ikmal tapi aku tak boleh menipu diri aku . Hati aku mudah goyah bila mendengar suara Hakim. Aku bukan hendak meraih simpati kau… tapi percayalah setiap kali mendengar suaranya airmata ini akan mengalir tanpa di pinta. Kau ingat aku boleh melalui detaik-detik itu lagi. Walaupun tidak tinggal sebumbung dengannya tapi bayang-bayangnya sentiasa ada pada Ikmal. Aku tak yakin perkahwinan aku dan Ikmal akan bahagia. "

"Aku minta maaf Hana. Mungkin mudah bagi aku untuk memberi pendapat sebab bukan aku yang menanggung bebannya. Aku doakan kau akan temui apa yang kau cari di sana. Moga-moga tuhan akan mempertemukan kau dengan insan lain. Mungkin tidak sesetia dan seagung cinta Hakim atau mungkin tidak seikhlas dan setulus cinta Ikmal. Tapi sekurang-kurangnya kau ada seseorang untuk menjaga, melindungi, mencintai, di cintai dan sama-sama meniti hidup hingga ke akhir hayat ."

"Terima kasih Min kerna kau faham juga akhirnya.

*************


Aku ke rumah Jasmine lagi petang itu. Aku tidak tahu bila lagikah aku akan ke situ. Jasmine yang memujukku agar aku bertolak ke airport dari rumahnya. Dia dan suaminya akan menghantar aku kesana. Semalam dia juga mengadakah sedikit jamuan dan majlis untuk membaca Yassin serta doa untuk mengiringi perjalanan ku kesana. Aku sedih sekali dengan apa yang dia lakukan padaku. Tak terbalas rasanya budi dia dan suami padaku. Hanya airmata yang mampu ku berikan sebagai ucapan terima kasih yang tak terhingga ini. Aku juga pinta padanya agar merahsiakan pemergianku dari pengetahuan Ikmal. Aku tidak mahu kesedihan dan penyesalan megiringi perjalananku kesana nanti.

"Min… aku nak cakap sikit…" Aku menarik tangan Jasmine dari dapur lalu melangkah ke ruang tamu. Hujan masih turun dengan lebatnya di luar. Mungkin sama-sama berkongsi kesedihan yang ku tanggung kini.

"Min.., dalam sampul surat ni aku dah sediakan segala wasiat andaikata perjalanan hidupku tamat di sana nanti. "

"Hana. Apa yang kau merepek ni..?"

"Min… sagalanya tak mustahil. Life is so strange. Kau lihat sajalah rentetan perjalanan hidup ku selama ini. Sebab itulah aku katakan segalanya tak mustahil bagiku. "

"Hana..kau terlalu memikirkan sangat perkara yang negatif . Life must goes on. I knew you have all the strength to stand alone now. Kau dan lama melaluinya. Bukan sekarang. "

Aku hanya menggelengkan kepalaku lemah. Airmata yang ku tahan sedari tadi gugur jua akhirnya. Murah sekali harga airmataku kebelakangan ini. Perlukah aku menyesali akan takdir yang menimpa diri ? Akan adakah hikmah dari Ilahi untuk semua yang aku tanggung kini….?

"Min, dalam wasiat ini ada tiga penama… Afin, anak kau dan anak Diba yang bakal lahir nanti. Tapi aku letakkan atas nama kau dan Diba dulu. Min ..aku sedih sangat.. Aku sendiri tak punya pewaris. Kalaulah anak aku masih hidup …"

Aku tak mampu untuk meneruskan kata-kata. Hati ku begitu sebak sekali bila mengenangkan anak yang tidak sempat lahir ke dunia itu. Itu sajalah kenangan yang aku ada bersama Hakim..Tapi tak kesampaian akibat kemalangan yang berlaku bilamana usia kandunganku sudah mencapai lima bulan. Aku koma lebih dari sebulan akibat kemalangan itu dan bayiku tidak dapat di selamatkan akibat kecederaan yang aku alami.

"Hana…kau tak pernah beritahu Hakim ke yang kau mengandungkan anaknya dulu..?"

"Aku tak boleh beritahu dia Min. Aku tak mahu menjejaskan majlis perkahwinan yang mereka rancang ketika itu. Tapi aku tetap bersyukur yang anak itu tak sempat dilahirkan. Aku tak mahu dia lahir tanpa bapa. Aku tak tahu apa nasibnya nanti. " Jasmine diam memeluk bahuku. Aku tahu selain Diba, Jasmine adalah seorang sahabat dan teman paling
berharga yang aku ada. Airmatanya juga gugur menemaniku.

"Beginilah berakhirnya musim cinta aku Min. Betul kata kau, walaupun siang kurasakan tanpa mentari dan malamnya tanpa sinar purnama .Hidup ini mesti di teruskan. Walau gerhana seluruh pancaindera , walau aku hanyut dalam memori cinta yang paling indah, walau bayangan Hakim masih segar dalam ingatan. Aku reda dengan ketentuan Ilahi. Aku pasrah dengan takdir ini. Seribu satu penyesalan takan mengembalikan semula kenangan indah itu."

"Aku harap pemergian ku ke sana nanti akan mendapat keredaan Dia yang maha Esa. Kau doakan aku juga ye Min…"

Berakhirlah episod cinta semusimku. Akan ku cari cinta yang kekal dan abadi iaitu cinta dan kasih pada Tuhan yang satu. Semoga perjalanan ku di sana akan di berkati.
Amin…

TAMAT


qalam Ifa Alyana pd 6:17 PM
:: ::

home



bsh... bersama kasih ku nukilkan, bersama sayang ku jalinkan, cinta ini hanya titipan buat ketabahan sebuah hati, biar ia kukuh menemani perjalanan berliku ke destinasi abadi... usah rindu jadi jemu, usaikan saja lara bersisa biar menjauh, jelanglah bahgia andai hadir nya di sisi cuma sebentar..
~Ifa Alyana~