Bersama Suara Hati
... bisikan nurani luahan sanubari
Wednesday, November 05, 2003



Cinta Semusim - bhgn 2

Talifon di ruang tamu berbunyi..aku tidak berlari turun seperti selalu kerana ku tahu pasti ada yang akan menjawapnya. Tepat sangkaan ku, deringan itu sudah berhenti. Aku terus menyambung tugasanku. Jari jemariku pantas mengetuk petak-petak huruf di notebookku setelah ku pasti yang panggilan itu bukan untukku. Mesti Diba di talian kerana aku masih dapat mendengar suara Hakim yang sedang memperkatakan sesuatu walaupun aku tidak pasti akan bait-bait ayat yang dituturkan. Seketika kemudian aku mendengar ketukan di pintu bilik ku…

“ Cik Hana Zahira.. Diba nak cakap dengan you di talifon.” Terdengar suara Hakim memanggil dari sebalik daun pintu.

“ Just a minute. ”

Aku pantas menarik kemeja yang ku sangkut di belakang kerusi . Aku tak boleh keluar dengan hanya memakai t-shirt yang tanpa lengan ini…. Rambutku yang belum bersikat ini ku simpul dan sepitkan di kepala. Kacau daun betullah tetamu Diba ini.. pergerakkanku jadi terbatas di rumah sendiri. Sambil membutangkan kemejaku, aku turun ke bawah. Hakimi sudah duduk di sofa seolah-olah sedang menumpukan perhatian pada laptop di depannya.

“Helo .. ..”

“Zack.. aku balik lambat sikit la . Ada few topics lagi yang kami belum cover. Mungkin dalam dua atau tiga jam lagi. Sementara tu aku nak minta tolong kau temankan Hakim keluar makan , boleh tak ? ”

“ Aku dah masak, just tunggu kau balik saja..Aku ingat kita makan samalah malam ni ye.. Kami boleh tunggu kau balik..”

“ Kau orang tak perlu tunggu aku. Hakim mungkin dah lapar dan aku pun tak mahu Hakim rasa keseorangan kalau kau tak temankan dia.”

“Tengoklah, kalau tunang kau tu dah lapar aku suruh dia makan dulu. Nanti bila kau balik kita boleh makan berdua. “

“Janganlah macam tu Zack. Dia kan tetamu kita. Nanti dia ingat kita bukanlah tuan rumah yang baik untuknya.”

“ Bila pula kita jadi tuan rumah ni,.. kitapun menyewa saja kan.. Lagipun dia tetamu kau bukan aku..” Aku memperlahankan suara ku ketika menuturkan ayat ini. Tak elok juga kalau Hakim dengar.

“Please Zack… janganlah macam tu. Aku tahu yang aku boleh harapkan kau kan. ? ”

“Ye la, ye la…lagi lama kita on the phone, lagi lambatlah kau balik. Tapi ingat, study, study juga. Kesihatan kita pun penting . Kalau dah stress sangat, jangan paksa diri..”

“Thanks Zack … aku betul-betul appreciate apa yang kau buat untuk aku selama ni. Bye.. see you later ..”

Gagang talifon ku letakkan . Malas betul aku rasa nak tunaikan “assignment” yang Diba berikan. Tapi apa kan daya. Nak kena jadi tuan rumah yang baiklah kononnya. Harap-harap, perut tetamu Diba ni bolehlah bertahan lagi tiga jam sekurang-kurangnya. Namun atas permintaan Diba, aku terpaksa memaniskan mulut untuk bertanya..

“Ham, you nak makan dulu atau you nak tunggu sehingga Diba pulang ? ”

“Kalau you tak keberatan, bolehlah temankan I makan sekarang. Lagipun kalau I tak salah dengar tadi, you dah pun bersetuju dengan Diba untuk temankan I makan. Betul tak.. lainlah kalau you tak sudi. I ni kan tetamu Diba, bukannya tetamu you right…”

Pasang telinga juga rupanya dia. Pura-pura sibuk membaca sesuatu di screen laptop lah konon-kononnya.

Aku terus berlalu de dapur. Tak kuasa aku nak melayan lelaki yang sorang ni. Kalau dia rasa nak makan, pandai-pandailah ikut aku . Ini pun dah kira bagus. Sudah le, serve free dinner ni nak bagi free servise lagi. Ku sendukkan nasi yang masih panas itu kedalam
mangkuk dan ku letakkan di atas meja. Hakim telah pun menarik kerusi dan duduk tanpa di pelawa. Ku ambil pinggan di hadapannya lalu ku isikan dengan nasi.

“Ini saja hidangan yang ada. Maaflah kalau ianya tidak dapat memenuhi selera you.” Ku tuangkan air ke dalam gelas dan ku letakkan di hadapannya.

“Kenapa tak makan ?. Bukan boleh kenyang kalau asyik pandang saja. Atau you tak biasa makan dengan tangan atau you nak I yang tolong suapkan?.” Aku beranikan diri bertanya kerana hidangan di meja masih belum di sentuhnya.

“Nampak macam semuanya pedas. Perut I ni tak berapa boleh terima kalau ambil makanan pedas .”

“Ok. Tak apa kalau you tak boleh makan apa yang I masak. I boleh teman kan you makan di luar tak pun you makan ais krim yang ada dalam freezer tu. Ais krim tak pedas kan.”

Dengan hati yang agak panas aku bersuara sambil bangun menuju ke pintu. Belum sempat aku melangkah keluar dari dapur, dia menarik tanganku dan menyuruh aku kembali duduk.

“ It’s ok. I boleh makan. Lagi pun rugi rasanya kalau tak makan masakkan ni. Selama ini I cuma dengar dari Diba saja tentang keenakkan masakkan you. Sekarang ni dah di depan mata, tak kan I nak biarkan saja. Rugilah I. Tapi you kena makan sama ok.”

Sekurang-kurangnya hatiku yang agak panas tadi kembali sejuk. Lebih-lebih lagi dengan sebuah senyuman yang lahir dari bibirnya, cukup mendamaikan. Lalu satu pinggan lagi ku isikan sedikit nasi untukku.

“ Boleh I panggil you Hana saja..?”

“Apa-apa sajalah asalkan ada nama ”

“Siapa Ham..?”

“Ham ! Ham mana ?”

“Tadi Hana ajak Ham yang makan bukannya saya .”

Sedap pula telinga ni bila dengar dia panggil “Hana”. Apatah lagi dengan suaranya yang ada power sikit tu. Terasa bergetar pula jantung ni. Tapi aku buat selamba saja.

“Iye ke I sebut Ham tadi. Tak perasan pula I.”

“Is he someone special in your life?”

“Tak adalah. Mungkin I salah cakap saja tak. Orang macam I ni manalah ada yang special. Dengar nama pun orang dah ingat I ni lelakilan. ?”

“Boleh I tanya you lagi. I mean something about your personal life ? ”

Aku hanya menganggukkan kepala sambil tangan ku mengangkat gelas air untuk diminum. Mungkin dia tak perasan yang aku cuba menyindirnya tadi.

“Hana pernah jatuh cinta ?”

Hampir tersedak aku dengan soalannya. Nasib baik tak tersembur keluar air yang aku minum.

“Tadi kan cakap nak makan.. Boleh tak kita makan dulu dan cakap kemudian. Nanti I tak nak you beritahu Diba yang I tak “entertain” you makan pula . ”

“Tak apa la. Sambil kita makan , Hana boleh bercerita. Tak la rasa macam makan dengan patung saja. ”

“You kata I patung, Patung boleh cakap ke…?

“Bukan begitu maksud Hakim. Tapi Hana macam cuba nak mengelak dari bercakap dengan Hakim . Hana macam tak suka saja Hakim datang sini. ”

“Ada ke you dengar I cakap begitu ?”

“Secara tak langsung tu rasanya ada.. Dari body language Hana, Hakim dah dapat agak. Lagipun gerak hati Hakim rasanya tak silap. ”

“ You kan tunang Diba, takkan lah I nak over pula. Nanti tak pasal-pasal I kena lecture dengan dia. ”

“Kalau Hakim bukan tunang Diba ?”

“Apa yang you cakap ni… Kalau you bukan tunang Diba dah tentulah you tak kan ada di sini sekarang.. ”


**************



Satu petang ketika aku dan Diba sedang mengulangkaji di ruang tamu, Hakim keluar dari biliknya. Segak sekali dia dengan seluar jeans hitam dan t-shirt berwarna putih yang dipakainya. Rambut yang disisir rapi itu menambahkan ketampanannya. Aku pura-pura menumpukan perhatianku pada buku yang ku pegang. Tetapi hati ini bagaikan meronta-ronta untuk terus melihat lelaki itu. Dia melangkah perlahan ke arah kami sambil duduk di sebelah Diba. Hatiku cemburu tiba-tiba.

“Diba.. You sibuk lagi tak ? Kalau boleh I nak ajak you keluar temankan I sekejap. I need to buy something. ” Hakim bersuara sambil matanya melirik kearahku.

Diba meletakkan buku yang dibacanya lantas meletakkan kedua-dua tangannya di atas lutut Hakim.

“Hakim.. maafkan Diba ye. Diba tak boleh nak luangkan masa untuk Hakim. Diba benar-benar sibuk. Deadline dah nak dekat…, assignment belum siap..Otak ni macam dah berserabut sangat.

“Tak apa.. I faham. I datang sini pun ada tugasan.. Taklah I rasa boring sangat.. Lagipun Zack boleh temankan I .. , betul tak Zack…”

Jantungku tiba-tiba bergetar dengan permintaannya.

“Excuse meee…. I pun nak kejar deadline juga dan I pun nak kena juga prepare untuk final exam. Nanti tak pasal-pasal nak kena ulang.. Kau orang semua dah balik Malaysia…, aku pula yang kena tinggal di sini. Tak mahu aku.. Akupun nak balik jumpa orang yang tersayang juga. Kau tu lainlah,, ada di depan mata…”

“Please Zack..untuk kali ni saja. Kau bukan kena teruk-teruk study macam kita orang. Paper kau semua high score. Lagipun Kelvin cakap, assignment you all dah siap dan dia berani jamin yang kali ni pun boleh score high points. ”

“It’s ok Diba, Zack…I faham situasi you all. I pun pernah jadi student U juga. So tak apa I boleh keluar sorang. Kalau sesatpun I boleh tanya orang. ”

“Zack..you tak nak tolong I ke.. kali ni saja I minta tolong you.. Boleh kan ?” Rayu Diba..

“Ok.. kali ni saja tahu. ”

Aku bangun perlahan dari sofa dan menarik tangan Diba sambil berbisik ke telingannya.

“ Macamlah Hakim tu tunang aku. Asyik-asyik aku yang kena teman kan dia.. Kau jangan salahkan aku pulak kalau-kalau tunang kau tu berpaling tadah atau aku sendiri yang tersangkut hati pada dia. ” Aku memberikan persetujuan sambil berbisik ke telinga Diba.

“Hai. Sejak bila pula kau ada hati pada seseorang yang bernama lelaki ni ? tak apa , aku cabar kau. Aku pun nak tengok juga macam mana keadaan kau kalau dah di lamun cinta. It’s quite funny Isn’t it. Kalau yang lain-lain tahu kau dah jatuh cinta, mahu pecah perut mereka ketawakan kau.. “

“ Kau jangan cabar aku Diba..”

“ Tak adalah ..aku main-main saja. Lagipun aku lebih percayakan kau dari si Hakim ni. Kau tentu tak nak lihat aku kecewakan. ?”

Aku keluar juga dengan Hakim petang itu. Kami hanya menyusuri jalan tanpa sepatah kata. Hampir sepuluh minit keadaan kekal begitu. Aku akhirnya yang bersuara agar aku tidak terus bosan dengan keadaan ini.

“You nak kemana sebenarnya ni ?

Dia diam tanpa jawapan. Dia hanya memandangku dengan sebuah senyuman. Kaki kami terus menghayun langkah. Aku naik bosan dengan keadaan ini. Aku berhenti di hadapannya tiba-tiba. Dia pun berhenti sama. Kali ini baru dia bersuara.

“ I tak ada nak kemana-mana sebenarnya. Honestly I bagi tahu you yang I memang berharap yang Diba menolak permintaan I tadi . Actually I cuma..cuma... ?”

“ Cuma apa…” Aku bertanya dengan suara yang agak keras.

“ Just to be alone with you. ”

Tiba-tiba ku lihat mukanya sedikit cemas dan terus menarik tanganku kearahnya. Kami hampir-hampir terjatuh ke tebing jalan. Aku agak kehairanan dengan tindakannya. Rupa-rupanya dia cuba mengelakkan sebuah basikal yang meluru laju ke arah kami. Mungkin remaja mat saleh tu tidak perasan akan kehadiran kami kerana ia baru keluar dari simpang jalan.

“Hana ..are you ok..?

Dia bertanya dengan kedua-dua tangannya masih memegang kedua-dua lenganku. Aku kaget seketika.

“ Ya .. I’m ok….Cuma terkejut sedikit.

Setelah dia pasti yang aku tidak tercedera, kami terus berjalan beriringan dengan tangan kirinya masih menggenggam tangan kanan ku. Niat di hati nak bertanya tentang tujuannya ku pendamkan seketika. Dia nampaknya selesa dengan keadaan itu. Ada satu perasaan aneh yang hadir dalam diriku saat ini. Aku sendiri kurang pasti apakah perasaan itu. Bukannya aku tidak pernah berjalan dengan lelaki sebelum ni. Study groupku kebanyakkannya lelaki. Kelvin, Bakar, Daniel, Azman dan Malik. Tak pernah pula aku rasa sebegini.

“Hakim.. you belum jawap soalan I, alasan you tadi I tak boleh terima… ”

“Kan I dah cakap tadi.., I tak ada tujuan sebenarnya. Cuma I rasa senang dengan kehadiran you di sisi. You tahukan, lagi 2 hari I dah nak kena balik ke Malaysia
sebab I kena bentangkan projek yang I dapat dari Customer di sini. So I takut I akan merindui You . Tak cukup rasanya mengenali siapa Hana Zahira yang sebenarnya yang berselindung di sebalik nama Zack ini… Kalau ikutkan hati memang tak nak balik , tapi memandangkan ini adalah prospek untuk masa depan I , I tiada pilihan. ”

“Hakim.. I think you are too much. Kalau I tahu , I tak akan ikut kehendak Diba ini. You betul-betul dah buangkan masa I. Hakim ..” Aku lantas menarik tanganku yang berada dalam genggamannya.

“You cakaplah apa saja. Yang penting I selesa begini ”

“ I think there must be something wrong with you. ”

“Memang…., memang ada yang tak kena dengan I dalam sehari dua ni. I sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin…. , mungkin you adalah penyebabnya.. I rasa berat hati nak tinggalkan you . I’m really gonna miss you. ”

“You must be joking Hakim. You baru sahaja bertunang. Itupun dengan kawan baik I sendiri. Tak sangka you sanggup buat begini pada I .. lebih-lebih lagi pada Diba. You macam bermain sandiwara antara kami …What you are up to actually. Diba tak cantik lagikah di mata you ?…Kalaulah Diba tahu….”

“ Hana… Dalam hal ini tak adil rasanya kalau I seorang yang di persalahkan. Diba sendiri seolah-olah membuka laluan yang luas untuk I lebih rapat dengan you. Dan you sendiri.. antara sedar atau tidak …is part of this so call sandiwara yang you cakapkan tu. You terlalu baik pada I Hana..”

“Hakim, you jangan salah sangka.. I lakukan semua ini hanyalah semata-mata untuk Diba, bukannya untuk you. I cuma nak jadi tuan rumah yang baik untuk tetamu Diba. Tak lebih dari itu.. ”

“Hana..you boleh tipu I, tapi you tak mungkin boleh tipu diri you sendiri. Kalau you sendiri tak ada apa-apa perasaan pada I, you boleh menolak setiap permintaan Diba. Ini tidak ..you never say no to her..”

“Sorry Hakim... I rasa ini bukannya masa yang sesuai untuk kita bincangkan hal ni. I rasa lebih baik kita jangan berjumpa untuk sementara waktu ini ..atau kalau boleh kita jangan jumpa terus. I tak mahu Diba sangsi. Kesian Dia. I tak mahu jadi kawan yang makan kawan. Sebelum ada di antara kita yang terluka.. lebih baik you jangan jumpa I lagi. Ini adalah kali terakhir I akan temankan you.. I nak balik ”

Aku melangkah pantas meninggalkan Hakim..Namun dia lebih pantas memintas langkahku. Dalam keadaan yang agak tegang itu.. sambil megekori langkah ku dia masih bersuara.

“ It’s not that easy Hana.. Setelah apa yang kita lalui bersama, you nak kita berpisah begitu saja.. Walaupun usia perkenalan kita cuma dua minggu..tapi itu cukup bermakna buat I. ..”

“Cukup Hakim..I tak nak dengar apa-apa lagi dari you. Everything is over now. Bila you balik ke Malaysia nanti.. tinggalkan segala kenangan kita di sini. Sebab bagi I , You tak lebih dari seorang kawan. Lagi pun You kena ingat Hakim.. this is our final year, kalau terjadi something antara I dan Diba… I tak akan maaf kan you sampai bila-bila. ”

“Tell me something will you.. You are after a man or a woman.. or both ?”

Langkahku terhenti dengan kata-katanya. Kesabaranku telah hilang dengan sikapnya. Tekanan darahku sudah naik ke kepala dengan soalan yang keluar dari mulutnya itu. Memang betul mulut itu tak berinsurance.

“Hei Hakim…You ingat I apa ha..You jangan nak naikkan darah I. Jangan sampai tangan ini singgah di muka you. I masih punya akal yang waras untuk menilai antara dosa dan pahala. Yang mana halal dan yang mana haram. You really lost my respect now… ”

Aku terus berlalu . Lebih lama aku memandang wajahnya lebih geram rasa di hati. Mahu saja rasanya aku bagi flying kick. Pandai-pandailah cari jalan untuk balik sendiri.

**************



..bersambung

qalam Ifa Alyana pd 8:42 AM
:: ::

home



bsh... bersama kasih ku nukilkan, bersama sayang ku jalinkan, cinta ini hanya titipan buat ketabahan sebuah hati, biar ia kukuh menemani perjalanan berliku ke destinasi abadi... usah rindu jadi jemu, usaikan saja lara bersisa biar menjauh, jelanglah bahgia andai hadir nya di sisi cuma sebentar..
~Ifa Alyana~