Bersama Suara Hati
... bisikan nurani luahan sanubari
Tuesday, November 04, 2003

Cinta Semusim - bhgn 1

Nota : Kisah ini aku paparkan setelah menerimanya lewat email dr seorg teman dan hingga kini, masih tidak mengetahui siapa penulisnya. Harap penulis dpt menghubungi saya.

Telah lapan bulan daerah ini ku lewati, namun kenangan lalu masih menghantui walaupun tidak sehebat dulu. Jawatan yang ku sandang kini sedikit sebanyak merubah corak hidupku. Jam tujuh pagi ku pastikan diriku sudah berada di office dan pulangnya sudah tentu selewat yang mungkin. Kadang-kadang terfikir juga, mengapa aku begitu bodoh sehingga
sanggup menghukum diri sendiri walaupun tiada hakim yang mengadili.

Aku pasrah dengan jalan hidup yang ku cipta sendiri berlandaskan kata hati . Aku seorangkah yang bersalah dalam hal ini ?? Namun jawapan untuk persoalan itu masih belum ku temui. Yang pasti segalanya telah berlalu dan nilai harga diriku sudah tiada hanya di sebabkan sedetik cuma. Airmata ku yang tumpah walau seluas lautan tidak akan dapat merubah segala yang telah terjadi. Tetapi sedikit sebanyak , seperti ombak yang menghakis pantai, ku kikiskan kenangan lalu sedikit demi sedikit dari dairi hidupku walau kesan calarnya masih merona merah.

Adibah Amira…engkau , aku atau lelaki itukah yang patut di persalahkan . Tanpa engkau, cerita duka ini takan bermula, tanpa aku sengsara ini takan bertakhta dan tanpa lelaki itu kita takan merana….

Idham Hakimi…kenapa engkau terlalu baik pada ku . Layanan dan perhatian yang kau berikan telah melalaikan aku sehingga aku lupa bahawasanya engkau adalah tunangan kepada sahabat karibku sendiri.

" Hakim, ini Diba perkenalkan housemate Diba , Zack… hheem Zack inilah tunang I .."

Itulah detik pertemuanku dengan seorang lelaki yang bernama Idham Hakimi dan detik itulah juga bermulanya cerita duka di antara kami. Hakimi menghulurkan salam perkenalan dan salam itu ku sambut dengan senyuman. Senyuman yang biasa ku berikan pada rakan-rakan yang baru ku kenali dan pekenalan ini juga ku anggap biasa seperti perkenalan dengan mereka-mereka yang ku kenal sebelum ini.

" Hemm.. Zack…, I ingatkan lelaki betul. Kenapa guna nama itu. Nama itukan lebih sesuai untuk lelaki ?"

Aku tahu dari sorotan mata Hakim dia seolah-olah mempertikaikan cara pemakaian ku yang lebih kepada kelakian

" Sorry Hakim, nama tuan puteri ini ialah Hana Zahira bt Haniff. We all yang suka paggil dia Zack sebab among we all student perempuan kat sini , dia yang strong sikit dan kami banyak bergantung pada dia."

" So Zack, you jangan marah ye apa yang Hakim cakap tadi, I minta maaf bagi pihak dia."

" It's ok Diba, kalau kita dah sememangnya dilahirkan sebagai wanita, you pakai apapun dan you taruk nama apa sekalipun, ianya tak akan merubah jantina kita. Am I right Encik Hakim…"

Aku paling tidak suka jika ada yang mengkritik cara penampilanku. Inikan pula dari seseorang yang baru ku kenali tidak sampaipun lima minit. Apa hak nya untuk
mengkritik cara ku…

Sebenarnya Diba baru kembali dari Malaysia. Dia pulang untuk menghabiskan cuti semester dan untuk melangsungkan pertunangannya. So, inilah tunang Diba. Patutlah dia terima pinangan walau hanya tiga bulan berkenalan. Boleh tahan handsome juga mamat sorang ni.
Tapi mulut yang tak ada insurance tu yang buat aku geram…

" Zack, Hakim akan tumpang rumah kita untuk dua minggu kerana dia ada urusan di sini. Aku harap kau tak keberatan ye. "

Usul Diba itu membuat aku kurang senang. Walau baru bertemu untuk tempoh kurang dari lima minit, panas jugak telinga aku dibuatnya, inikan pula untuk dua minggu.

" Diba.. Hakim, you two berbuallah ye , I naik atas dulu. " Aku pantas mencapai buku-buku yang ku beli tadi dan berlalu . Niat hati untuk bersantai di sofa sambil melepaskan penat tidak kesampaian dek kerana kehadiran tamu yang tak diundang ini. Tapi dari ekor mata , aku dapat rasakan ada sepasang mata yang memerhatikan setiap tindak tanduk ku.


**************



Selepas pulang dari kolej petang itu, aku terus kedapur . Sunyi saja rumah ni, mungkin Diba masih belum pulang. Aku tahu betapa gembiranya Diba untuk tempoh dua minggu ini. Masakan tidak, ada orang yang tersayang di samping. Aku juga lah yang masih kesorangan.

Ku buka peti sejuk untuk mengeluarkan barangan yang perlu di masak. Selesa juga buat kerja sorang-sorang ni, bebas…. Tapi mulai hari ini sehingga beberapa hari yang berikutnya hidangan mesti dilebihkan kerana tetamu yang tidak di undang itu. Malas betul aku…. menyusahkan . Kalau mulut yang tak ada insurance tu tak komen masakkan aku tak apa, kalau banyak songelnya…, masak sendiri le jawapnya.

Selesai saja menu ku hari ini, aku beralih ke cabinet untuk mengambil pinggan untuk diletakkan di atas meja. Alangkah terperajatnya aku rupa-rupanya ada yang menemaniku walau tidak ku tahu untuk berapa lamakah dia di situ. Dia hanya menyandarkan badannya pada kabinet dapur sambil memeluk tubuh. Tiada senyuman di wajah itu hanya renungan dari matanya sahaja yang bersinar. Aku sendiri terpaku kerana tidak menyangka akan kehadirannya.

" Hakim…, how long you've been standing there ? "

Dia masih diam berdiri, tetapi seukir senyuman sudah berputik di bibir. Manis sekali. Hatiku tiba-tiba bergetar. Apa kena dengan lelaki ini, bukannya aku buat lawak, aku cuma bertanya.

" Hakim… I tanya you……"

" Baru tidak, lama pun tidak.. Tapi cukup untuk melihat sifat kewanitaan yang masih wujud dalam diri you "

Belum sempat aku habis soalan ku untuk kali kedua ini dia memintas kata-kata ku sambil tersenyum dan berlalu pergi.


**************


..bersambung

qalam Ifa Alyana pd 10:48 AM
:: ::

home



bsh... bersama kasih ku nukilkan, bersama sayang ku jalinkan, cinta ini hanya titipan buat ketabahan sebuah hati, biar ia kukuh menemani perjalanan berliku ke destinasi abadi... usah rindu jadi jemu, usaikan saja lara bersisa biar menjauh, jelanglah bahgia andai hadir nya di sisi cuma sebentar..
~Ifa Alyana~