Bersama Suara Hati
... bisikan nurani luahan sanubari
Thursday, November 06, 2003



Cinta Semusim - bhgn 3

Dalam dua hari itu, sebelum Hakim pulang ke Malaysia kami tidak bertegur sapa. Aku lebih banyak menghabiskan masaku di luar tidak seperti selalu. Alasan yang ku berikan pada Diba ialah aku akan ikut salah seorang dari coursemate ku untuk buat kerja-kerja "charity ". Walaupun agak janggal tapi nasib baik Diba tidak banyak bertanya. Sebenarnya, memang betul seperti kata Hakim, aku tidak boleh menipu diriku sendiri. Aku sudah mula menyukainya dalam diam . Semakin ku cuba untuk menjauhkan diri semakin dekat perasaan itu bermain di pintu hati.

Aku pulang agak lewat malam itu. Niat di hati untuk membiarkan Diba menghabiskan masa dengan Hakim tanpa gangguan kerana esok dia akan bertolak pulang. Aku tidak mahu kehadiranku mengganggu mereka. Pintu utama ku tolak perlahan. Keadaan agak gelap di ruang tamu . Aku tak pasti mereka ada di rumah atau belum pulang. Dengan langkah longlai aku menuju ke dapur. Suis lampu ku tekan. Jantungku berdebar bila mana sesusuk tubuh sudah sedia menanti di situ. Untuk menutup debaran di dada, aku cuba bersikap selamba dan bertanya.

"Kenapa you duduk dalam gelap, Diba mana…? "

Soalanku di biarkan tidak berjawap. Dia hanya diam memerhatikanku. Sambil memeluk tubuh dia menyandarkan badannya pada dinding dapur. Malas aku nak melayan. Ku buka peti sejuk dan menuangkan air ke dalam mug lalu melangkah untuk ke ruang tamu. Langkah ku terhenti bila dia mula bersuara.

"Hana !…boleh I cakap dengan you sebentar .."

Suaranya mendatar tetapi penuh mengharap. Aku menoleh perlahan dan memandangnya.

"Boleh kita duduk di sini sekejap ? "

Dia bertanya lagi sambil menarik satu kerusi untukku. Mahu tidak mahu aku melangkah juga ke meja makan. Tetapi aku tidak duduk di kerusi yang ditariknya untukku sebaliknya aku menarik kerusi dan duduk bertentangan dengannya. Aku hanya bermain-main dengan mug yang ku pegang. Keadaan sunyi seketika. Hanya keluhan darinya kedengaran

"Hana …I'm sorry.. I tahu you marah, tapi I tak boleh nak elakkan perasaan yang hadir dalam diri I terhadap you. Maafkan I juga tentang apa yang I katakan pada you hari tu. Hati dah menguasai fikiran I saat itu. I tak bermaksud untuk menyakitkan hati you dengan
kata-kata I . "

Dia diam seketika seolah-olah menanti tindakbalas dari ku. Aku masih membatukan diri.

"Hana…, tolong jangan siksa perasaan I begini. Tolonglah Hana.. tolonglah kata kan sesuatu… I merayu pada you Hana…say something would you..?"

"Tak ada apa yang perlu I katakan lagi. Bagi I …you tak lebih dari seorang kawan. That's it. "

Itulah percakapan kami yang terakhir . Aku tak mahu berperang dengan perasaan ku sendiri. Sebelum apa-apa yang terjadi lebih baik aku mendiamkan diri. Aku lantas bangun dan terus naik ke bilikku. Pada ku biarkanlah ianya berakhir begitu. Dalam keadaan sekarang aku lebih memerlukan Diba dari lelaki itu. Padaku lelaki terlalu pandai menyusun bait-bait ayat sehingga wanita hampir lupa diri. Aku tak mahu itu terjadi padaku. Aku tak mahu dilambung ombak kerana aku tak pasti di mana akukan terdampar nanti.

Telah sebulan Hakim pulang ke tanah air. Telah sebulan jugalah hari-hari yang ku lalui terasa sepi . Penyakit apakah ini ? Adakah aku merindui wajahnya…, adakah aku merindui suaranya atau adakah aku merindui gurau sendanya…Aku tidak boleh terus begini. Sedangkan Diba, tunangannya pun tidak seteruk aku. Apa nak jadi kalau aku terus-terusan begini…
Astagfirullahhala'zim…. Aku beristigfar panjang.


**************


..bersambung

qalam Ifa Alyana pd 11:12 PM
:: ::

home



bsh... bersama kasih ku nukilkan, bersama sayang ku jalinkan, cinta ini hanya titipan buat ketabahan sebuah hati, biar ia kukuh menemani perjalanan berliku ke destinasi abadi... usah rindu jadi jemu, usaikan saja lara bersisa biar menjauh, jelanglah bahgia andai hadir nya di sisi cuma sebentar..
~Ifa Alyana~