Bersama Suara Hati
... bisikan nurani luahan sanubari
Friday, January 16, 2004

Cinta Semusim - bhgn 16

dari bhgn 15 | bhgn 17


"Diba….!" Hanya itu yang lahir dari bibirku.

Debaran di hati sepanjang perjalanan tadi terjawap kini. Takdir menemukan kami semula tetapi dalam keadaan yang berbeza. Aku terpaku tanpa kata. Hanya airmata menceritakan segala-galanya.

Diba memelukku seperti tidak mahu di lepaskan. Dia menangis semahu-mahunya di bahuku. Semua yang hadir jua terpaku seolah turut bersedih dengan keadaan kami. Hakim terpaku tidak bersuara. Hanya renungan matanya sahaja berkaca. Ada sesuatu yang tidak dapat ku tafsirkan dari renungan itu, antara duka dan gembira… antara rindu dan dendam atau antara benci dan sakit hati. Semuanya seperti bersatu.

Ikmal menghampiriku . Aku pasti yang seribu satu persolan timbul di fikirannya kini. Sandiwara apakah yang terjadi antara kami. Emak Ikmal akhirnya yang meleraikan pelukkan Diba sambil menyuruh Diba bertenang.

"Diba, … apahal ni. Jangan terlalu ikutkan hati. Tak baik untuk kandungan tu. Bawa mengucap banyak-banyak ye nak. "

Lembut sekali pujukan ibu tua ini kepada Diba.

Aku jadi bersalah dengan keadaan ini. Aku tak sepatutnya datang kemari. Aku tidak patut menjadi punca majlis istimewa ini bertukar warna. Ujian apakah yang Tuhan utuskan padaku kali ini? Aku pasrah.

Ikmal memelukku dari tepi. Dia mengeluarkankan sapu tangan lalu mengesat air mataku. Aku hanya merebahkan kepalaku kedadanya cuba mengumpul kekuatan. Hakim yang sedari tadi tidak bersuara, bangun tiba-tiba. Mungkin ada sesuatu hadir dalam benaknya melihatkan keadaan aku dan Ikmal.

Betapa kecilnya dunia ini kurasakan. Mahu saja aku mengangkat kaki dan meninggalkan banglo ini. Tapi aku tidak mahu keadaan yang kusut jadi bertambah kusut. Dengan sentuhan dan usapan Ikmal di kepalaku aku akhirnya mendapat kekuatan untuk bersuara.

"Sebenarnya Diba adalah teman paling rapat Hana sewaktu kami study di US dulu. Hampir lima tahun kami tinggal serumah . Kami dah macam saudara. Tapi keadaan dah masa telah memisahkan kami. Hana harap dengan penjelasan ini sudah terjawap kenapa keadaan sebentar tadi terjadi. Sebenarnya kami terlalu merindui antarasatu sama lain. "

Keadaan yang agak sunyi tadi kini kembali bising. Masing-masing mungkin membuat andaian sendiri dengan penjelasan ku. Tapi yang pasti tak siapa tahu bukan itu adalah sebab utamanya. Hanya kami yang tahu dan hanya kami yang merasai deritanya. Aku benar-benar tersepit di antara dua persimpangan sekarang.

Diba sudah berhenti menangis, tetapi sekali sekala kesan esakan masih terdengar perlahan. Hakim masih diam memerhati. Sepatutnya dia yang memeluk Diba memberi kekuatan bukannya sekadar menjadi pemerhati…. Aku tiba-tiba jadi tidak tentu arah. Satu persatu kejadian yang tidak di duga muncul dalam hidupku.

Dua tahun aku cuba untuk melupakan wajah itu. Dua tahun juga aku cuba semadikan kisah cinta kami…Tapi kemunculannya yang tiba-tiba hari ini seolah-olah akan hadir satu lagi kisah duka antara kami.


**********



Hakim cuba mencari ruang untuk mendekatiku. Tapi aku seboleh mungkin cuba menghindarinya. Sepanjang hari itu aku sibukkan diriku di dapur dengan Sarah dan emak mereka. Sekali sekala aku melayan keletah Afin yang semakin mesra denganku. Seperti tadi, Hakim hanya mencuri pandang dari jauh.

Namun dalam kesibukkan itu aku dapat rasakan yang emak Ikmal sesekali mencuri pandang padaku. Bila mata kami bertentang… dia hanya tersenyum. Tapi senyumannya tidak semesra pagi tadi sewaktu pertama kali bersua….

Setelah seorang demi seorang tetamu meninggalkan banglo itu. Aku menjadi semakin takut. Aku bagai hilang rentak. Ingin saja aku mengajak Ikmal pulang.. tetapi alasan apakah yang harus ku berikan.

Aku mencari-cari Afin dan Ikmal. Aku tidak mahu di biarkan sendirian kerana aku masih belum cukup bersedia untuk bertentang mata dengan Hakim.

Aku masuk kebilik yang di sediakan untukku setelah ku lihat yang Ikmal sedang melayan kerenah Afin di kolam mandi. Hakim, Sarah dan Zul, suami sarah pun ada di situ. Tetapi Diba tidak kelihatan bersama mereka.

Aku mengunci pintu bilik dan merebahkan diri ku di atas katil. Kenangan demi kenangan antara Diba, aku dan Hakim hadir dalam fikiran. Kenapa ini harus terjadi. Kenapa aku harus bertemu dengan mereka buat kali kedua. Kenapa nasibku sebegini rupa ?. Adakah ini adalah pembalasan dari Nya atas dosa yang pernah ku lakukan. ?

Satu persatu kenangan antara aku dan Hakim tersingkap semula. Kedatangan Hakim secara mengejut kerumah sewa kami setelah hampir tiga bulan pulang ke Malaysia benar-banar mengejutkanku. Diba juga tidak tahu tentang kedatangannya kali ini.

Tapi kedatangannya kali ini agak berlainan. Dia tidak lagi mencuri-curi pandang padaku seperti dulu. Sikapnya juga agak berubah. Dia juga tidak lagi cuba mendekatiku bila Diba tiada. Tapi kebaikan dan kemesraannya tetap sama.

Kini dia tidak lagi menumpang di rumah sewaan kami, sebaliknya tinggal di hotel yang di sediakan oleh syarikatnya. Cuma sesekali dia akan singgah di rumah kami, itupun bila Diba ada.

Dalam situasi ini aku yang jadi keliru. Aku sepatutnya bersyukur yang masalah mungkin tidak akan timbul lagi antara kami. Tapi jauh di sudut hatiku, aku sebenarnya mengharapkan lebih dari itu. Namun bila mengingati akan perubahan pada dirinya , aku tidak mahu menjadi umpama pungguk yang rindukan bulan. Aku tidak mahu terus mengharapkan pada sesuatu yang sudah ku tahu bukannya milikku.

Pada satu petang selepas habis kuliah, aku bersetuju untuk mengikut study groupku yang lain kononnya untuk mereleasekan tension. Kami ke restoran fast food untuk makan-makan. Memandangkan antara mereka aku lebih rapat dengan Kelvin, maka aku lebih banyak bercakap dengan dia berbanding dengan yang lain. Sebenarnya secara teorinya otak aku sama dengan otak Kelvin. Dia boleh menerima cara ku tanpa perlu bertelagah .

Kami duduk agak rapat kerana semuanya hendak duduk di satu meja. Kelvin mengangkat tangannya dan melengkari bahuku sewaktu Azman hendak mengambil gambar dengan alasan untuk di jadikan kenangan kerana semester kami akan berakhir tak lama lagi Dan itu bermakna kami akan meninggalkan alam kampus ini dan pulang ke tanahair.

Tanpa ku duga rupa-rupanya Hakim dan Diba pun ada di situ. Aku hanya menyedarinya bila Diba menghampiri kami selepas kami selesai makan. Diba tersenyum dan bertanya sama ada aku akan balik dengan Kelvin atau nak balik dengannya dan Hakim.

Diba berlalu bersama Hakim setelah ku katakan yang Kelvin akan menghantar ku pulang. Dari sorotan mata Hakim aku dapat rasakan yang dia seolah-olah cemburu bila melihat kemesraan antara aku dan Kelvin. Sementelah pula tangan Kelvin masih melengkari bahuku. Tapi perasaan itu ku buang jauh kerana tak mungkin dia akan cemburu denganku kerana antara kami sememangnya tidak pernah ada sebarang ikatan.

Kata hatiku benar rupanya. Hakim sudah tidak lagi menghubungiku walau aku tahu dia masih ada urusan di sini. Hanya sekeping kad "Good Luck" yang aku terima sehari sebelum minggu peperiksaan bermula. Di sebabkan kesibukkan itulah akupun kurang memikirkan akan dirinya.

Namun tanpa di duga sehari selepas berakhirnya peperiksaan . Dia muncul di depan pintu rumah sewaan kami. Aku agak kehairanan kerana menurut Diba dia akan bertemu dan makan malam bersama keluarga Hakim yang kebetulan datang bercuti di sini. Tapi kenapa Hakim
datang kemari ?

"Diba dah lama keluar…"

Kataku memulakan bicara kerana Hakim masih tercegat di muka pintu tidak bersuara.

"I datang nak jumpa you bukan Diba. I tahu dia dah sampai ke sana dan sedang berada dengan famili I. "

Kata-katanya itu membuatkan aku agak terkejut. Aku tidak mengajaknya masuk sebaliknya aku yang keluar. Aku berpura-pura memandang bintang-bintang yang berkelipan di langit untuk menutup getaran di dada.

"Hana…" Panggilnya lembut sekali. Aku masih tidak memandang ke arahnya.

"Hana… I missed you.." Ulangnya sambil cuba mendekati ku.

"Hakim you tak sepatutnya berada sini sekarang. Famili you mungkin menunggu you di sana."

"No. They won't. I dah beritahu abang I yang I ada urusan penting perlu di selesaikan malam ini juga. "

"Apa yang you harapkan dari I lagi Hakim. You buatkan macam I tak pernah wujudpun dalam hidup you. "

"You silap Hana. I buat begitu kerana I tak mahu you dan Diba terluka. I tak mahu mengganggu exam you all. You sendiri pernah katakan pada I dulukan , jika apa-apa terjadi pada you dan Diba especially this is your final year, yang you tak akan maafkan I sampai bila-bila right… "



.. bersambung

qalam Ifa Alyana pd 1:04 PM
:: ::

home



bsh... bersama kasih ku nukilkan, bersama sayang ku jalinkan, cinta ini hanya titipan buat ketabahan sebuah hati, biar ia kukuh menemani perjalanan berliku ke destinasi abadi... usah rindu jadi jemu, usaikan saja lara bersisa biar menjauh, jelanglah bahgia andai hadir nya di sisi cuma sebentar..
~Ifa Alyana~