Bersama Suara Hati
... bisikan nurani luahan sanubari
Tuesday, November 11, 2003



Cinta Semusim - bhgn 8


Ketawa Ikmal didengar agak kuat menuju kearah kami semula. Mungkin menggambarkan kegembiraan bertemu dengan satu-satunya adik lelakinya. Mereka masih berpelukkan seketika sampai ke ruang tamu. Ketawa mereka terhenti tiba-tba setelah ada suara menjerit kecil memanggil namaku. Spontan mataku merenung kearah suara yang memanggil itu.
"Diba….!" Hanya itu yang lahir dari bibirku.


Debaran di hati sepanjang perjalanan tadi terjawap kini. Takdir menemukan kami semula tetapi dalam keadaan yang berbeza. Aku terpaku tanpa kata. Hanya airmata menceritakan segala-galanya.


Diba memeluku seperti tidak mahu di lepaskan. Dia menangis semahu-mahunya di bahuku. Semua yang hadir jua terpaku seolah turut bersedih dengan keadaan kami. Hakim terpaku tidak bersuara. Hanya renungan matanya sahaja berkaca. Ada sesuatu yang tidak dapat ku tafsirkan dari renungan itu, antara duka dan gembira… antara rindu dan dendam atau antara benci dan sakit hati. Semuanya seperti bersatu.


Ikmal menghampiriku . Aku pasti yang seribu satu persolan timbul di fikirannya kini. Sandiwara apakah yang terjadi antara kami. Emak Ikmal akhirnya yang meleraikan pelukkan Diba sambil menyuruh Diba bertenang.


"Diba, … apahal ni. Jangan terlalu ikutkan hati. Tak baik untuk kandungan tu. Bawa mengucap banyak-banyak ye nak. "
Lembut sekali pujukan ibu tua ini kepada Diba. Aku jadi bersalah dengan keadaan ini. Aku tak sepatutnya datang kemari. Aku tidak patut menjadi punca majlis istimewa ini bertukar warna. Ujian apakah yang Tuhan utuskan padaku kali ini? Aku pasrah.


Ikmal memelukku dari tepi. Dia mengeluarkankan sapu tangan lalu mengesat air mataku. Aku hanya merebahkan kepalaku kedadanya cuba mengumpul kekuatan. Hakim yang sedari tadi tidak bersuara, bangun tiba-tiba. Mungkin ada sesuatu hadir dalam benaknya melihatkan keadaan aku dan Ikmal.


Betapa kecilnya dunia ini kurasakan. Mahu saja aku mengangkat kaki dan meninggalkan banglo ini. Tapi aku tidak mahu keadaan yang kusut jadi bertambah kusut. Dengan sentuhan dan usapan Ikmal di kepalaku aku akhirnya mendapat kekuatan untuk bersuara.


"Sebenarnya Diba adalah teman paling rapat Hana sewaktu kami study di US dulu. Hampir lima tahun kami tinggal serumah . Kami dah macam saudara. Tapi keadaan dah masa telah memisahkan kami. Hana harap dengan penjelasan ini sudah terjawap kenapa keadaan sebentar tadi terjadi. Sebenarnya kami terlalu merindui antarasatu sama lain. "


Keadaan yang agak sunyi tadi kini kembali bising. Masing-masing mungkin membuat andaian sendiri dengan penjelasan ku. Tapi yang pasti tak siapa tahu bukan itu adalah sebab utamanya. Hanya kami yang tahu dan hanya kami yang merasai deritanya. Aku benar-benar tersepit di antara dua persimpangan sekarang.


Diba sudah berhenti menangis, tetapi sekali sekala kesan esakan masih terdengar perlahan. Hakim masih diam memerhati. Sepatutnya dia yang memeluk Diba memberi kekuatan bukannya sekadar menjadi pemerhati…. Aku tiba-tiba jadi tidak tentu arah. Satu persatu kejadian yang tidak di duga muncul dalam hidupku.


Dua tahun aku cuba untuk melupakan wajah itu. Dua tahun juga aku cuba semadikan kisah cinta kami…Tapi kemunculannya yang tiba-tiba hari ini seolah-olah akan hadir satu lagi kisah duka antara kami.


***********



Hakim cuba mencari ruang untuk mendekatiku. Tapi aku seboleh mungkin cuba menghindarinya. Sepanjang hari itu aku sibukkan diriku di dapur dengan Sarah dan emak mereka. Sekali sekala aku melayan keletah Afin yang semakin mesra denganku. Seperti tadi, Hakim hanya mencuri pandang dari jauh.

..bersambung

qalam Ifa Alyana pd 8:43 AM
:: ::

home



bsh... bersama kasih ku nukilkan, bersama sayang ku jalinkan, cinta ini hanya titipan buat ketabahan sebuah hati, biar ia kukuh menemani perjalanan berliku ke destinasi abadi... usah rindu jadi jemu, usaikan saja lara bersisa biar menjauh, jelanglah bahgia andai hadir nya di sisi cuma sebentar..
~Ifa Alyana~