Bersama Suara Hati
... bisikan nurani luahan sanubari
Tuesday, November 18, 2003



tentang seseorang

kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri aku benci
ingin bingar aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
enyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika ku sendiri

pecahkan saja gelasnya biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh
ada malaikat menjaling laba laba belang di tembok keraton putih
kenapa tidak goyangkan saja loncengnya biar terdera
atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai?


bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika kusendiri
dian sastro dr OST A2DC
Hari ini aku dikejutkan dengan kehadiran kartu lebaran dari dia lagi. Sungguh aku tak pernah mengimpikannya. Jemariku seakan beku.. namun rias wajahku merona merah tiba-tiba. Mengapa tika saat aku sudah cukup teguh, ianya digugah? Walau isi kartu itu sekadar menyusun jemari memohon maaf.. Apa perlunya kartu musik itu yang harumnya menusuk kalbu.. serta puisi lebaran itu kau layangkan kepadaku, K? Itu belum lagi coretan tanganmu yang agak panjang juga ku kira..

di muka depan kartumu tertulis...
Salam Manis di Aidilfitri buat Sahabat


puisi yang sedia cetak mengungkapkan..
Sahabatku,
memori bersama mu masih segar diingatan ini
saat ku rindu, aku memutarkannya semula
di fikiran, dan anganku..
Terimakasih buat mu
aku terharu dengan keikhlasanmu
di saat ku memerlukan, kau sedia di sisi
detik kegembiraan kita kongsi bersama
bila dilanda kedukaan, kau memberikan harapan baru.


Sahabatku,
Di ambang hari lebaran yang mulia
harapanku persahabatan kita kekal mengharum
buat menemani hari-hari yang kita lalui
andai terdapat salah dan silapku
sudilah kiranya kau memaafkan.


SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

dari : seseorang yang suatu masa dipanggil 'K'
Memori silam terpapar kembali dipandangan.. ahh.. apa perlunya ku ladeni rasa yg ntah ke mana akhirnya.


Usai Ramadhan ini, hampir 24 purnama kita kembali menjadi insan asing. Apa perlunya kau menghadirkan dirimu lagi K. K... andai dirimu tidak tega dipukul badai.. jangan sesekali berumah di pinggir laut. Moga kau mengerti, K.


"The best way to love is to love like you have never been hurt."

qalam Ifa Alyana pd 4:33 PM
:: ::

home



Cinta Semusim - bhgn 12

Walau apapun yang terjadi… keputusan adalah di tanganku. Aku rela terus terluka dari membiarkan yang lain merana kerana keputusanku kini membabitkan emak dan abah Ikmal serta Idham sendiri. Dan yang paling penting… keputusan ini tidak akan melukakan hati Diba.


**********



Selesai sembahyang asar aku keluar dari bilik. Melihatkan yang lain masih di kolam mandi aku menuju ke bilik Diba. Aku di beritahu oleh Ikmal tadi yang itu adalah bilik adiknya yang kedua. Jadi sudah semestilah bilik itu di huni bersama Diba. Pintu biliknya ku ketuk perlahan. Terdengar suara Diba dari dalam.


"Masuklah..pintu tak berkunci. "

Perlahan pintu ku tolak dan melangkah perlahan ke dalam. Diba sedang duduk di atas kerusi sambil memandang ke bawah. Dia menoleh sewaktu aku memberi salam.


"Zack…no..no Hana… " Dia bersuara lembut sambil ketawa. Dia menarik tanganku untuk duduk bersama di balcony biliknya.

"Zack.. sorry, sorry silap lagi.. Hana.. betulkan. Kau dah jadi Hana Zahira sekarang. Bukan lagi Zack yang aku kenal dulu. Kau cantik sekali. Dulu kalau nak tengok kau pakai bedak pun susah. Sekarang siap dengan lipstick sekali ye…"

"Tak adalah Diba. Aku sememangnya dah cantik dari dulu. Kau yang tak perasan. " Kataku cuba berjenaka dengan Diba.


"Hana.. aku betul-betul rindukan kau. Aku betul-betul rasa macam ada yang tak kena bila tahu kau tak check-in dengan kitaorang. Kami semua menunggu kau sehingga pengumuman yang terakhir untuk berlepas. Tapi kau tak masuk juga. Aku tak sangka yang malam sebelum tu adalah pertemuan kita yang terakhir. Kalau aku tak jumpa kau di sini hari ni aku akan terus mencari kau sampai bila-bila. "


"Betul ke kau cari aku … ?"

"Betul Hana. Kesian si Hakim tu. Tak jemu-jemu dia tolong aku cari kau. Tapi tak jumpa. Seingat aku setiap kali dia ke US dia akan singgah di rumah sewa kita dulu. Tapi hampa. Dia hanya bawa balik surat-surat yang aku dan kawan-kawan kita hantar pada kau saja. "


Kesian kau Diba. Rupa-rupanya kau masih tak tahu kenapa Hakim dengan rela terus-terusan mencari aku. Kalau mak dia tak beritahu cerita yang sebenarnya, mungkin aku percaya cakap Diba yang Hakim menolongnya.


" Sayang juga kau pada aku ya. Tapi tak apa lah, walau apa sekalipun aku minta maaf banyak-banyak kerana apa yang aku lakukan dulu. Aku terpaksa buat keputusan begitu atas sebab-sebab yang tertentu. Okeylah Diba.. kita lupakan cerita kita dua tahun lepas dan kita cakap pasal kehidupan kira sekarang. Ni… kau dah berapa bulan ni.. Berseri-seri aku nampak muka tu. Walaupun sudah terlewat tapi aku nak juga mengucapkan selamat pengantin baru dan selamat menanti kelahiran yang pertama….."

Aku mencium kedua-dua belah pipi Diba, walaupun aku tidak tahu ikhlaskah ucapanku itu. Diba terus memelukku dan menangis lagi semahu-mahunya di bahuku.


"Hei, what's wrong Diba. Ada yang tak kena ke…?"

"Hana.. aku tak bahagia bersama Hakim. Aku tak pernah bahagia menjadi isterinya Aku dah salah membuat perhitungan untuk berkahwin dengannya dulu. Aku merana Hana. Hatiku sengsara. Hakim tak pernah menyayangi aku .Tak tahu di mana silapnya. "

"Sabar Diba.. Mungkin kau saja yang beranggapan begitu. Mungkin keadaan kau sekarang membuatkan fikiran kau tak menentu. Mungkin juga pembawakkan baby ni. Jangan le menangis lagi. Dak nak jadi mak budak pun , mana boleh sensitif sangat. Kesian baby tu nanti. " Kataku cuba memujuk.


"Kau tak tahu Hana. Aku selalu bermandikan airmata. Hakim seperti tak pernah menghargai aku sebagai isterinya. …" Diba masih bersuara dalam tangisan.


"Janganlah ikutkan sangat hati kau tu.. mungkin dia banyak kerja. Maklumlah dah nak tambah seorang lagi dalam keluarga kau kan…dia mesti berusaha keras untuk mengukuhkan ekonomi you all . " Kata ku masih cuba mententeramkan Diba .

"Kau tahu Hana… selama kami berkahwin, walaupun dari segi zahirnya segala keperluan dan kehendak aku di penuhi ..tapi batin aku sebagai isteri cukup terseksa… Aku seolah-olah tidak pernah wujud di sisinya bila malam tiba…"


Diba senyap seketika sambil menyeka airmatanya yang mengalir di pipi.

"Aku tak tahu pada siapa aku harus mengadu… Aku tak sanggup memberitahu parents aku mahupun parents Hakim. Aku tak mahu mereka fikir yang bukan-bukan nanti…Kerana ibubapa kami amat bahagia dengan penyatuan dua keluarga ini. Tapi mereka tak tahu Hana…mereka tak tahu , aku yang menaggung derita atas kebahagiaan mereka… Apa salah aku Hana… apa salah aku…."

Diba terus meratap di dalam pelukkan ku. Aku sendiri sudah tiada alasan untuk memujuknya.. Aku rasa amat bersalah pada Diba. Mungkinkah aku adalah penyebabnya…
Aku hanya mampu membiarkan Diba melayan perasaannya.


**********



Aku leka mengemaskan sisa makanan di meja yang di atur dalam taman mini di hadapan banglo ini sehinggalah ada satu suara yang menegurku dari belakang. Aku jadi tak menentu kerana baru ku sedar hanya aku dan dia ada di situ. Mataku meliar mencari yang lain-lain . Aku pantas mengambil pinggan yang telah ku susun dan menoleh untuk masuk ke dalam . Tetapi langkah ku di sekat. Pinggan di tanganku diambil dan di letakkan semula di atas meja.


Dia menarik tanganku agak kasar menuju ke luar pagar rumah. Aku terasa ingin menjerit dengan perbuatannya itu. Namun bila mengingati yang jeritan ku mungkin menarik perhatian yang lain terutamanya Diba dan Ikmal, niat itu ku batalkan. Aku hanya menuruti langkah Hakim walaupun dalam keterpaksaan. Dia hanya melepaskan tanganku apabila kami berada agak jauh dari kawasan rumahnya.


"Hana … you apa khabar sekarang" Tanyanya lembut sekali. Ada getaran di dadaku bila nama itu lahir dari mulutnya. Aku takan pernah lupa ..dialah orang pertama yang memanggil ku dengan nama itu.

"Seperti yang you lihat di depan you sekarang… alhamdulillah … sihat." Jawapku sambil menoleh mukaku kearah lain. Tak mampu rasanya aku untuk terus bertentang mata dengannya.


Dia hanya tersenyum. Ada airmata yang bergenang di kelopak matanya. Dia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan sebelum bersuara semula…


" You tahu Hana… I rasa macam bermimpi bila melihat you tadi. I tak pernah sangka yang kita akan bertemu semula walaupun setiap detik I mengharapkannya. Hari ni adalah hari yang paling bahagia dalam hidup I . Tidak ada hari lain yang paling mengembirakan I selain dari hari ini dan hari-hari yang kita lalui bersama dulu..."

"Sorry Hakim… I dah tak ingat semua itu…Bagi I , hari-hari yang kita lalui bersama dulu adalah satu kesilapan yang tak sepatutnya berlaku. I dah tinggalkan segala-galanya di sana. . Kenangan cinta kita umpama musim yang bertukar ganti sepanjang tahun. Tak mungkin kan kekal dan kenangan itu sudah lama gugur dan berkubur bersama daun-daun kering di musim luruh. "

"Hana… You jangan mendera perasaan I lagi. Dua tahun I sabar menuggu kepulangan you walaupun dalam kesamaran. Tapi hati I tetap mengatakan suatu hari nanti kita kan pasti bertemu semula. So, now you see… jodoh kita memang kuat. Tuhan telah mempertemukan kita semula. Hampir seluruh KL I cuba jejaki you … tapi atas kehendakNya… kita bertemu di rumah I sendiri. You tak nampakkah betapa kuatnya partalian antara kita ? "

"Hakim.. jangan bercakap ikut perasaan. Kita dah cukup dewasa untuk menentukan arah hidup kita sendiri. You sepatutnya beri perhatian pada Diba.. isteri yang telah you kahwini. Bukannya mengharapkan pada sesuatu yang belum pasti. I rasa you sendiri dah cukup mendera perasaan Diba . You galaskan penderitaan dan kekecewaan you di bahu Diba. Adilkah itu… ? "

"Then you ingat apa yang you buat pada I ni adil. You ingat hukuman dan penantian yang you galaskan di bahu I ini adil…. I ternanti-nanti kepulangan you di airport. I hampa. I hanya nampak Diba dan yang lain, tapi you tiada. You terus menghilangkan diri tanpa khabar berita…. adilkah itu ..? "

"You kata lah apa saja Hakim.. I dah tak kisah. Tapi hanya satu you perlu tahu.. bukan mudah juga bagi I untuk melalui masa tu, I terpaksa melalui saat-saat duka itu tanpa seorang teman pun di sisi. I kehilangan Diba dan.. dan I kehilangan you juga..Kita salah dalam menilai erti persahabatan ini dan kita tewas dengan tuntutan nafsu kita dulu. I tak mahu kita ulangi kesilapan lalu Hakim… Berilah peluang pada Diba untuk mengecapi kegembiraan ini. Kegembiraan yang kita rentap tanpa pengetahuannya dulu."


"Hana… you pernak tak terfikir betapa terseksanya perasaan I setelah you tinggalkan I dulu.."

"Sudah lah Hakim…I tak mahu tahu kerana penderitaan, kesengsaraan dan kekecewaan I sendiri pun sudah tidak tertanggung rasanya. "

"Hana…. Takan semudah itu penyelesaiannya. Takan you nak biarkan penantian I selama ini berkubur begitu saja…Please Hana…jangan you hukum I lagi. "


"Hakim… kalau you betul-betul masih sayang dan masih mencintai I…berikanlah kasih sayang itu pada Diba . Hadiahlah cinta sejati you itu padanya. Dia yang lebih berhak keatas you dan apa saja yang ada pada you. Bukannya I. Anggaplah saja cinta kita bersemi untuk semusim cuma. Jadikanlah ianya memori indah dalam hidup you. I sendiri pun sudah ada jalan hidup sendiri. I tak mahu ada lagi apa -apa ikatan perasaan dalaman antara kita. I bahagia dengan cara hidup I sekarang. "


Hakim hanya diam mendengar ucapanku sambil meraup-raup wajahnya. Dia memejamkan matanya. Ada air jernih yang mengalir di pipi itu. Dia merapatiku dan memelukku dari belakang Aku tahu mungkin sukar baginya untuk menerima kenyataan ini. Tapi aku terpaksa.

.. bersambung

qalam Ifa Alyana pd 10:19 AM
:: ::

home



bsh... bersama kasih ku nukilkan, bersama sayang ku jalinkan, cinta ini hanya titipan buat ketabahan sebuah hati, biar ia kukuh menemani perjalanan berliku ke destinasi abadi... usah rindu jadi jemu, usaikan saja lara bersisa biar menjauh, jelanglah bahgia andai hadir nya di sisi cuma sebentar..
~Ifa Alyana~