Bersama Suara Hati
... bisikan nurani luahan sanubari
Thursday, November 20, 2003

Sepasang Kurung Biru

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...


Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...


( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku


Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

( ulang korus )


nyanyian : Khairil Johari Johar
Hatiku berbicara, "mengapa kita begini.. masihkah kau ingat K.. sepasang kurungmu, yang kita pilih.. bukan yang biru.. tapi yang hijau lembut itu"
bagai masih terngiang suaramu yg dalam itu menyanyikan lagu ini tatkala usai kita berbuka.. arghh.. masih ku ingat lagi rupanya..


K...
terima kasih atas layangan kartu lebaran lewat alam siber yang ku terima kelmarin.. mengapa perlu begitu sekali?
apakah nanti.. akan kuterima juga pesanan ringkas di telefon tangan ku, bagai waktu dulu?


K...
andai kau telah memilih, mengapa perlu kau berpaling?
usah muncul lagi K... usah digugah ketabahanku ini..


qalam Ifa Alyana pd 3:36 PM
:: ::

home

Friendship Quote of the Day

"Though miles may lie between us, we're never far apart, for friendship doesn't count the miles, it's measured by the heart"
-Source Unknown-

qalam Ifa Alyana pd 3:22 PM
:: ::

home

Cinta Semusim - bhgn 14

Tapi langkahku mati di hujung anak tangga. Diba sudah menantiku di sana. Dengan keadaan matanya yang merah dan air mata masih mengalir di pipi… tahulah aku yang sandiwara kami tadi ada penonton setia. Langkah ku terhenti. Kaki ku terasa kaku di situ. Perasaan bersalah pada Diba bersarang di dada.

Maafkan aku sahabatku… bukan niatku untuk menambah penderitaanmu. Sangkaanku yang aku akan di hadiahkan dengan kata-kata kesat dan maki hamun dari Diba meleset kerana Diba tiba-tiba datang memeluk dan menangis teresak-esak di bahuku. Kejadian pagi tadi berulang lagi kini. Aku cepat-cepat menarik Diba masuk kebilikku. Aku tak mahu sandiwara yang hampir tamat ini berpanjangan kerana aku belum bersedia dengan skrip yang baik untuk di huraikan pada penonton yang lain nanti.

Diba ku dudukkan di birai katil. Perlahan ku kesat airmata yang masih mengalir di pipinya. Dia merenung mataku. Tapi dalam keadaan itu aku tidak dapat mentasfirkan apakah maksud renungannya itu. Dalam esakkan yang masih bersisa, dia bersuara juga akhirnya.

"Tak salah tekaan aku selama ini Hana. Jawapan kepada dua persoalanku selama ini sudah terjawap tadi. Aku tahu kini kenapa kau menghilangkan diri tiba-tiba dulu. Aku juga tahu kenapa Hakim bersikap dingin padaku selama ini. Maafkan aku Hana… Kerana aku, hidup kamu berdua merana. Aku dapat rasakan perkara ini sebelum kami berkahwin lagi. Tapi aku tak berani nak bersuara. Kaupun hilang entah di mana. Kalau aku tahu yang Hakim ada menaruh hati pada kau… sudah tentu aku tidak akan meneruskan dengan perkahwinan ini…"

Airmata Diba mengalir lagi walaupun esakkannya sudah berhenti. Dia menundukkan kepala memandang pada jari-jari kami yang tergenggam erat antara satu sama lain.

"Hana… sangkaku selama ini hanya aku sorang yang sengsara, rupa-rupanya nasib kita sama walaupun dalam suasana yang dah tentu berbeza. Kita bukan sahaja berkongsi satu kehidupan masa study dulu.. tapi kita juga berkongsi kesedihan dan kekecewaan sepanjang dua tahun ini…. Maafkan aku sekali lagi Hana…Aku tahu, kau menghilangkan diri dulu semata-mata tak mahu aku kecewakan ? Kau tak mahu Hakim berpaling tadah pada aku kan ? Tapi kita mungkin sama-sama telah membuat kesilapan tanpa kita sengajakan demi untuk menjaga hati orang-orang yang kita sayangi. "

Airmata ku yang mengalir kini. Aku tidak mampu bersuara. Segala kata-kata Diba adalah benar belaka. Kami mengambil satu keputusan demi untuk menjaga hati orang-orang yang kami sayangi tanpa mengambil kira kepentingan diri sendiri. Diba ku peluk erat.

"Diba… aku juga pohon seribu kemaafan dari kau. Aku yang bersalah dalam hal ini. Aku tak sepatutnya mengganggu hubungan antara kau dan Hakim. Tapi aku tewas Diba. Aku tewas pada layanan dan kebaikan yang Hakim berikan. Dia terlalu baik pada ku. "

Aku melepaskan pelukkan Diba dan mengesat airmatanya sebelum menyambung percakapan ku.

"Tapi mulai saat ini… kau tak perlu susah hati lagi.. kerana antara aku dan Hakim sudah tidak ada apa-apa . Kau mesti tabahkan hati kau. Walau apapun yang akan kau lakukan.. kau mesti fikirkan baby yang di dalam kandungan kau ini. Ini juga adalah antara tanda cinta Hakim pada kau. Kau jagalah Hakim baik-baik ye. Dia tentu akan membahagiakan kau dan baby ni..."

"Nasib kau agak baik Hana, tak seperti aku. Sekurang-kurangnya kau masih ada abang Ikmal untuk menyayangi dan menyintai kau , tapi aku…? Aku rasa Hakim semakin jauh dari aku."

"Kau sabarlah ye Diba.. Insyaallah, segalanya akan baik nanti. Banyak-banyaklah kita berdoa ye. "

"Jadi kau memang dah buat keputusan untuk menggantikan mummy Afin ye ?

Sambil mengesatkan airmata yang masih bersisa, Diba cuba berjenaka. Kegelisahanku terubat juga dengan sedikit senyuman dari bibirnya. Aku pun sama tersenyum untuk menutup hati ku yang agak kalut ini.

"Aku doakan segala kebahagiaan untuk kau Hana. Aku memang amat-amat terhutang budi pada kau. Kalau di takdirkan kita mermadu pun aku sanggup Hana. "

Aku menutup mulut Diba . Aku tak kan tergamak untuk merampas apa yang di milikinya kini. Hakim bukan milik aku lagi. Diba keluar dari bilikku setelah aku betul-betul cuba menyakinkannya yang cintaku bukan untuk Hakim lagi. Kami saling berpelukkan sebelum aku melepaskannya pergi.

Airmataku gugur lagi saat ini. Alunan lagu 'Cinta Terindah hanya Sementara' nyanyian Erra Fazira beralun perlahan dari cd yang ku buka tadi. Bait-bait liriknya amat meruntun jiwa ku . Mengapalah aku harus menghadapi situasi yang sebegini rumit sekali ?. Aku mara ke jendela yang masih terbuka. Mak, Hakim dan Diba telah aku selesaikan. Aku mungkin Ikhlas pada mak dan Diba… tapi pada Hakim…., aku memang tak boleh menipu diriku. Dia sudah menjadi sebahagian dari hidupku….

Misiku yang seterusnya adalah Ikmal dan Afin. Afin mungkin kurang bermasalah kerana dia masih belum mengerti tapi …..bolehkah Ikmal menerima penjelasanku. Aku tidak mahu kegembiraan yang mula hadir dalam hidupnya kembali suram dengan keputusanku.

Ya Allah.. berikanlah hambamu kekuatan untuk membuat keputusan ini. Malam ini aku akan bermunajat kepada Allah untuk memberikan aku petunjuk agar keputusan yang akan aku buat nanti tidak akan melukakan hati sesiapa.


**********



Seperti yang di janjikan, seawal pukul lapan pagi aku sudah menanti kedatangan Ikmal. Berdebar juga rasa di hati untuk berjumpa dengan keluarga dia. Bergagai-bagai andaian hadir dalam kotak fikiranku. Boleh kah mereka menerima ku. Adakah Ikmal akan memberitahu mereka tentang latar belakangku. Ya Allah ya tuhan ku.. Lapangkan lah hati hamba mu ini.


.. bersambung


qalam Ifa Alyana pd 9:12 AM
:: ::

home



bsh... bersama kasih ku nukilkan, bersama sayang ku jalinkan, cinta ini hanya titipan buat ketabahan sebuah hati, biar ia kukuh menemani perjalanan berliku ke destinasi abadi... usah rindu jadi jemu, usaikan saja lara bersisa biar menjauh, jelanglah bahgia andai hadir nya di sisi cuma sebentar..
~Ifa Alyana~