Bersama Suara Hati
... bisikan nurani luahan sanubari
Saturday, November 08, 2003



Cinta Semusim - bhgn 5

Panggilan pertama dari Ikmal untukku dua hari kemudian membuka helaian baru dalam diari hidupku. Panggilan demi panggilan yang dia lakukan akhirnya meruntuhkan tembok dan merapatkan jurang yang ku bina selama ini. Pertemuan demi pertemuan yang diatur seterusnya melenyapkan kesangsianku terhadap insan yang bernama lelaki. Usahanya yang tidak putus-putus itu menyebabkan aku akhirnya akur dengan ketentuan yang di tetapkan. Pintu hatiku yang tertutup rapat sebelum ini , sedikit demi sedikit telah ku buka untuk menerima huluran cintanya.

Dan pada pertemuan seterusnya yang entah untuk kali yang keberapa, aku singkap tirai kisah silamku agar dia mengerti dan agar dia tahu mengapa begitu sukar untuk aku menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupku. Aku tidak mahu tembok yang baru kuruntuhkan itu dibina semula kerana ia pastikan mengambil masa yang lama dan kesannya padaku nanti pasti kan parah.

Akhirnya, carikkan mimpiku selama ini bertaut semula dengan pengakuan ikhlas dari Ikmal yang sudi menerimaku seadanya.

"Hana..tiada insan yang tidak pernah mengalami kekecewaan dalam hidup, tetapi itu bukanlah alasan untuk kita terus hidup sengsara. Abang hanya menyintai Hana atas apa yang Hana ada sekarang dan bukannya Hana yang sebelumnya. Walau apapun sejarah hitam yang pernah hadir dalam hidup Hana sebelum ini… biarlah ia hanya menjadi rahsia Hana untuk selama-lamanya. "

Aku sudah tidak mampu untuk bersuara.. Hanya airmata gembira yang mengubat luka. Aku menangis lagi hari ini entah untuk kali yang ke berapa. Rupanya masih ada insan yang sudi untuk sama-sama meneruskan hidup bersama ku. Hari-hari suram yang ku lalui sebelum ini telah mula memancarkan sinar kebahagiaannya.

"Menangis , menangis dan menangislah sepuasnya untuk hari ini Hana. Abang percaya , dengan izin yang maha Esa, abang tak akan membuatkan Hana menangis lagi. Abang berjanji bersaksikan hati abang dan hati Hana sendiri yang Hana tidak akan di persiakan lagi. Izinkan lah abang untuk mencorak dan seterusnya mewarnai lembaran baru dalam hidup Hana. Kita kahwin ye sayang…. "

Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan ku saat ini. Adakah ini kebahagiaan yang ku cari selama ini..? Ikmal, duda beranak satu, yang telah tiga tahun kematian isteri ,hadir tatkala aku ketandusan kasih seorang lelaki. Mampukah aku memberi kebahagiaan untuknya, lebih-lebih lagi menjadi ibu kepada anak kecil ini…?


**************



"Hana.., kalau Hana tak sibuk pada hujung minggu ni.., abang nak bawa Hana jumpa parents abang. "

Degup jantungku seakan terhenti seketika apabila mendengar kata-kata Ikmal. Bolehkah ibubapanya menerima ku sebagai mana Ikmal menerima ku.

"Tak cepat sangat ke bang… Abang baru kenal Hana tak sampaipun tiga bulan. Malulah Hana nak ke rumah abang. Lagipun…Hana tak kenal mereka. Bolehkah mereka menerima Hana yang sebatang kara ni. "

"Sebab tak kenallah abang nak kenalkan. Sayang jangan risau, parents abang sporting. Lagipun abang ada juga bagi hint sikit kat mak abang pasal Hana. Tak sabar-sabar pulak dia nak jumpa bakal menantunya ni. "

"Adik-adik abang yang lain macam mana..?"

"Mereka pun tak kisah siapa pilihan abang asalkan abang bahagia. Merekapun dah punya keluarga masing-masing."

Kereta yang dipandu Ikmal sudah sampai di depan pagar rumahku. Dia mematikan enjin kereta dan bersandar pada kerusinya. Dia meraup mukanya dengan kedua-dua belah tangan sebelum memandangku.

"Kenapa bang.. ada yang tak kena ke atau Hana ada salah cakap apa-apa…"

"Hana… kalau boleh abang tak nak tunggu lama-lama. Kalau Hana setuju, lepas jumpa parents abang hari sabtu ni, hari Ahad Abang nak bawa mereka jumpa sedara Hana yang terdekat. Abang nak terus pinang Hana. Dan kalau Hana tak ada halangan , kita nikah hujung bulan ni… "

Satu persatu ayat yang dituturnya masuk ke telinga ku. Aku serba salah.. Walaupun aku tahu yang Ikmal memang jenis lelaki yang bertanggung jawap, tapi …bersediakah aku untuk hidup bersamanya. Mampukah aku menyayanginya sepertimana yang dia harapkan .Harapannya terlalu tinggi padaku.

"Abang….Hana rasa keputusan abang ni agak terburu-buru. Abang dah fikirkan semasak-masaknya ke..? Hana rasa Hana belum seratus peratus bersedia sebab
Hana tak pernah terfikir secepat ini abang nak propose Hana. "

"Abang memang dah buat keputusan Hana… tapi kalau Hana belum bersedia… abang faham. Abang tak akan sama sekali memaksa Hana, sebab abang tahu ini melibatkan masa depan Hana sendiri. Abang akan tunggu sampai Hana dah bersedia untuk berkongsi hidup dengan abang. Ambillah masa yang secukupnya.. tapi jangan lama sangat…takut nanti ada orang lain pula yang potong jalan abang….."

Ikmal ketawa juga akhirnya. Takut juga aku bila tengok mukanya yang serious tadi. Berpeluh juga tangan ni. Tapi lelaki ini memang lain dari yang lain. Ada sesuatu pada dirinya yang membuatkan dia begitu istimewa pada ku.. tetapi apa ye..? Kadang-kadang aku cuba mencuri pandang pada wajahnya bila kami berbual. Aku paling suka dengan renungan matanya. Dalam diam sebenarnya aku akui yang aku memang tertarik pada keperibadian Ikmal. Aku tahu kadang-kadang Jasmine pun perasan akan tindak tanduk ku bilamana kami keluar makan bersama. Tapi aku tetap menafikannya.

"So..hari sabtu ni Hana boleh ikut abangkan ??"

Aku tersentak dengan lamunan ku sendiri . Lupa yang aku masih di dalam kereta Ikmal.

"Insyaallah… kalau tak ada aral, Hana akan ikut abang.. "

Ikmal mengangguk perlahan. Satu kepuasan jelas di matanya dan satu senyuman terukir di bibirnya. Dia menarik lafas lega.

"Hana masuk dulu ye.. dah lama kita duduk dalam kereta ni.. tak pasal-pasal nanti kena cekup. Tak mahu lah Hana…Esok Hana call abang lagi okey.."

Belum sempat aku menolak pintu kereta untuk keluar, dia menarik tanganku semula. Aku agak kehairanan dengan tindakannya itu.


..bersambung

qalam Ifa Alyana pd 8:58 PM
:: ::

home



bsh... bersama kasih ku nukilkan, bersama sayang ku jalinkan, cinta ini hanya titipan buat ketabahan sebuah hati, biar ia kukuh menemani perjalanan berliku ke destinasi abadi... usah rindu jadi jemu, usaikan saja lara bersisa biar menjauh, jelanglah bahgia andai hadir nya di sisi cuma sebentar..
~Ifa Alyana~