Bersama Suara Hati
... bisikan nurani luahan sanubari
Wednesday, November 19, 2003



Cinta Semusim - bhgn 13


Hakim hanya diam mendengar ucapanku sambil meraup-raup wajahnya. Dia memejamkan matanya. Ada air jernih yang mengalir di pipi itu. Dia merapatiku dan memelukku dari belakang Aku tahu mungkin sukar baginya untuk menerima kenyataan ini. Tapi aku terpaksa.

Walau aku sendiri sebenarnya cuba untuk memujuk hati ini agar tidak jatuh cinta padanya untuk kali kedua. Memang amat sukar bagiku untuk menyatakan hal ini pada nya sedangkan aku sendiri merasa begitu keliru dengan perasaan ku tika ini.

Aku tak sepatutnya mengambil risiko begitu dulu hanya atas nama sebuah cinta . Setelah hidupku hampir musnah akibat cinta gila kami . aku cuba untuk membencinya, Aku cuba untuk membuangnya jauh dari ingatan ku. Aku fikir aku sudah berjaya. Namun kehadirannya dekat denganku saat ini menggugat keyakinanku pada janji yang telah ku buat pada diriku sendiri.

Sentuhannya membuatkah jantungku berdebar. Ketika ini aku tahu jauh di sudut hatiku aku masih menyintainya. Dengan sentuhan tangan dan hembusan nafasnya ditelingaku sahaja sudah membuatkan kenangan bersamanya dulu kembali segar dalam ingatan.

"Hana, you tak memberikan kesempatan langsung pada I untuk memperbetulkan keadaan ini. You tak mahu langsung berikan peluang untuk I menyayangi you. You seolah-olah mahu terus menghukum I dengan kesalahan I dulu. Kenapa Hana ? Kenapa ? Takan tak ada langsung secebis rasa cinta you yang tinggal untuk I. Takan tak ada langsung sekelumitpun rasa kasih you pada I lagi… Tolonglah Hana… Berikanlah I peluang sekali lagi untuk I sama-sama berkongsi saat suka dan duka you….I terlalu merindui you Hana…"

Aku cuba meloloskan diri dari pelukkannya. Aku tidak boleh terus begini. Membiarkan dia terus merayuku di dalam pelukkannya adalah sama seperti menyemarakkan semula kehangatan cinta antara kami. Ini adalah sesuatu yang paling mustahil untuk ku lakukan kini.

Mengenangkan keadaan Diba yang sedang mengandungkan anaknya seperti memberi kekuatan untukku terus menjauhkan diriku dari lelaki ini. Aku kumpul kekuatan yang masih bersisa dan ku cuba menolak ketepi perasaanku terhadapnya . Aku menarik nafas panjang sebelum bersuara.

"Hakim.. I dah nak kahwin. Cinta , kasih sayang dan kesetiaan I kini hanyalah untuk Ikmal, iaitu abang you sendiri. I hanya boleh menerima you sebagai adik ipar I dan tak lebih dari itu. I harap you faham dan I harap you boleh menghormati keputusan yang I buat. Biarlah segala apa yang kita cakapkan hingga saat ini akan berlalu bersama deruan angin yang bertiup malam ini. Tidak ada apa-apa ikatan lagi antara kita mulai detik dan saat ini melainkan ikatan kekeluargaan. "

'Apa hubungan you dengan abang Ikmal ?" soalan yang agak kasar keluar dari mulutnya…Matanya terus merenungku , tajam sekali…

"Kekasih dan bakal suami….…."

"You tak jujur pada I,….You seolah-olah hendak membalas dendam you pada I dengan mengahwini abang I sendiri.."

"Bukan I seorang saja yang tidak jujur dalam kemelut cinta kita Hakim.. You pun sama. Kalau you jujur dengan Diba dulu, takan begini jadinya nasib kita . I pun tak perlu terus hidup dalam kepura-puraan."

Aku diam sebentar . Cuba untuk megumpulkan kekuatan yang semakin rapuh bila berdepan dengan lelaki ini. Dia masih dalam keadaan gelisah.

"Hakim …., I dah tak tahu bagaimana untuk menyakinkan you lagi . I dah tak tahu . Yang I tahu , sama ada mahu atau tidak …you kena menerima hakikat dan kenyataan yang cinta kita tak mungkin bersatu. "

"Hana…mungkin I boleh terima kalau cinta , kasih dan kesetiaan you bukan lagi milik I. Tapi I tak boleh menerima kenyataan yang you akan hidup sebagai isteri Ikmal. I tak boleh terima hakikat yang you akan menjadi kakak ipar I. You tak fikir ke apa yang I rasa bila Ikmal menyentuh you nanti. Ataupun sekurang-kurangnya, takan you sanggup untuk 'bersama' dengan Ikmal sedangkah you dah pernah 'bersama' I. Tolonglah Hana…. Bukannya niat I untuk menghalang kebahagiaan you. Jauh sekali untuk merosakkan masa depan you. I tak fikir you akan bahagia nanti dengan keputusan yang you buat ini. Walaupun I tak nafikan yang Ikmal memang dapat memenuhi tanggung jawap sebagai suami yang baik tapi mampukah you menjadi isteri yang baik pada dia ? I tahu dari sinar mata you ..cinta you pada I tak pernah pudar. You hanya berpura-pura… Kenapa you harus menyiksa diri you sendiri…?

Memang aku sedar dan memang aku akui, walau apa cara sekalipun yang telah atau yang akan aku lakukan…. Kenangan cinta semusim antara kami dulu adalah saat yang terindah dalam hidup ini dan ianya tak mungkin kan berulang lagi.

Selagi jasad ini bernyawa, selagi itulah juga kenangan lalu antara kami kan tetap subur dalam ingatan. Tapi aku tak mahu dia tahu dan aku tak mahu dia terus-terusan megelirukan aku. Aku tak mampu untuk terus memberikannya harapan yang tak mungkin kesampaian. Mungkin sudah di takdirkan ,suratan hidup kami tak seindah yang tersurat walaupun dalam hati masih ada cinta yang membara.

"Hakim … tolong jangan terus mendesak I begini. You sepatutnya memikirkan keadaan Diba yang mengandungkan anak you sekarang. You dah lama menyiksa batinnya. Kasihanilah Dia. "

"Hana..untuk pegetahuan you… demi kesetiaan I pada you ,I tak pernah menyentuh Diba dari kami mula berkahwin hinggalah dua bulan lepas. Itu pun sebab I dah hilang pertimbangan kerana I terlalu merindui you dan…. Dan…Diba menjadi mangsanya. Malam itu adalah satu kesilapan yang tak sepatutnya berlaku"

"Hakim..you tak patut cakap begitu… Diba bukan menjadi mangsa nafsu you tapi dia memang berhak. Dia adalah isteri you. She deserved it …"

"No Hana… you yang berhak ke atas I dan bukannya Diba…I hanya mahukan you dan bukan dia. "

"Hakim… I dah tak mahu dengar apa-apa lagi alasan you. Sebelum keadaan bertambah parah dan sebelum apa-apa yang lebik buruk terjadi… lebih baik kita masuk ke dalam. Tapi sebelum tu, you mesti tahu….keputusan yang I buat bukanlah kerana nak membalas dendam pada you kerana I tak pernah tahu Ikmal adalah abang you . Dan keputusan I juga adalah demi kebaikan untuk semua termasuk mak you yang dah tahu kisah silam kita….You yang beritahu mak kan ?"

"Tidak Hana… mak hanya tahu yang I mencintai you bukannya Diba. Dan mak tak pernah tahu yang hubungan kita sudah lebih dari itu. I tak akan memalukan orang yang I sayangi walaupun pada mak I sendiri..."

Titisan hujan yang mula turun menyedarkan kami untuk beredar dari situ. Aku memegang dan mencium kedua-dua tangan Hakim. Aku mesti meminta segala kemaafan darinya sebelum keputusan penting yang akan ku buat esok.

"Hakim…I pohon segala kemaafan dari you. I harap you dapat menerima hakikat yang episod cinta semusim kita sudah lama berakhir.."

"Hana.. walau apapun hukuman yang you berikan pada I.., I akan tetap menanti dan menyintai you sehingga nafas I terhenti…I akan pastikan Ikmal tidak akan memiliki you.."

"Jangan Hakim.. You tak boleh buat begitu. You tak boleh menghalang perjalanan hidup I sebagaimana I tidak pernah menghalang perjalanan hidup you. "

Dalam deraian airmata, aku terus melangkah menuju ke taman mini yang ku tinggalkan tadi. Ku biarkan dia yang masih keliru dengan keputusanku. Niatku untuk menyambung kerja yang terbengkalai tadi tidak kesampaian kerana kawasan itu sudah di bersihkan.. Aku tak pasti berapa lamakah aku 'bersandiwara' dengan Hakim tadi.


**********



Jam antik di sudut ruang tamu rumah banglo itu sudah menunjukkan pukul 10.45 malam. Hampir dua jam aku 'berperang' dengan Hakim di luar rupanya. Harap-harap tiada siapa yang perasan akan kehilangan kami . Aku terus menuju ke bilikku di tingkat atas.

Tapi langkahku mati di hujung anak tangga. Diba sudah menantiku di sana. Dengan keadaan matanya yang merah dan air mata masih mengalir di pipi… tahulah aku yang sandiwara kami tadi ada penonton setia. Langkah ku terhenti. Kaki ku terasa kaku di situ. Perasaan bersalah pada Diba bersarang di dada.


.. bersambung

qalam Ifa Alyana pd 3:23 PM
:: ::

home



bsh... bersama kasih ku nukilkan, bersama sayang ku jalinkan, cinta ini hanya titipan buat ketabahan sebuah hati, biar ia kukuh menemani perjalanan berliku ke destinasi abadi... usah rindu jadi jemu, usaikan saja lara bersisa biar menjauh, jelanglah bahgia andai hadir nya di sisi cuma sebentar..
~Ifa Alyana~