Bersama Suara Hati
... bisikan nurani luahan sanubari
Tuesday, January 27, 2004

Cinta Semusim - bhgn 18

dari bhgn 18 | ke bhgn terakhir


Selesai solat subuh tadi, aku sudah menghubungi Jasmine. Aku khabarkan serba sedikit tentang keputusanku. Aku mesti berdepan dengan Ikmal sekarang. Aku harap dia tidak menyambung tidurnya selepas sembahyang subuh tadi. Ku ambil semula talifon bimbitku lalu menalifon nombor talifon bimbitnya.

Aku sedikit lega kerana panggilan ku berjawap walaupun ada nada keraguan di suaranya. Seperti yang dijanjikan kami bertemu di taman mini rumah itu walaupun suasananya masih dingin kesan dari simbahan air hujan semalam. Mataharipun belum memancarkan sinarnya dan embun pun masih terus menitis membasahi bumi. Perhitungan mesti ku buat sekarang sebelum penghuni lain rumah itu bersedia.

"Assalamualaikum…." Perlahan aku menyapanya.

"Waalaikum salam…." Jawapnya sambil menghadiahkan aku dengan senyuman. Akan kekalkah senyuman ini dengan apa yang akan aku khabarkan padanya nanti…?

"Lena tidur semalam ?" Dia bertanya dan aku hanya mengangguk

"Maafkan abang kerana abang tak temankan Hana semalam. Abang ingat cuma nak tidurkan Afin aje dulu sebelum turun tolong Hana di bawah. Alih-alih ..abangpun terlena sama…"

Jadi dia bukanlah salah seorang penonton yang menonton sandiwara antara aku dan Hakim semalam. Lega sedikit hati ku dengan kenyataannya itu.

"Ada apa yang Hana nak cakapkan pada abang sampai tak sabar tak tunggu siang ni. Hana rindukan abang ke atau Hana rindu nak lihat bulan pagi ni. Semalamkan hujan turun jadi sudah tentu bulan tak adakan…."

Dia masih cuba bergurau dengan kata-katanya.

"Abang,..,sebelum Hana teruskan dengan hajat Hana…, Hana pohon ampun dan maaf kerana apa yang akan Hana cakapkan nanti sememangnya sukar untuk di terima. "

"Hei apa yang Hana cakapkan ni !. Buat abang suspen saja…"

"Betul bang… Hana tak main-main. Hana rasa dah tiba masanya untuk Hana berterus terang dengan abang. Abang harus tahu …andai tiada jodoh antara kita…. Hana pinta abang akur dengan kehendakNya. Bagi Hana perpisahan adalah jalan yang terbaik bagi kita dan mungkin juga bagi semua.

"Hana…., apa maksud sebenar Hana ? Abang kurang faham…"

"Abang…abang tahu kisah silam Hanakan?"

"Ya..tapi kenapa.. Bukankah abang dah jelaskan pada Hana yang abang boleh menerimanya…"

"Tapi bolehkah abang terima kalau Hana katakana lelaki pertama yang hadir dalam hidup Hana adalah Idham Hakimi, adik kandung abang sendiri…?"

Airmataku gugur mengiringi bicaraku pada Ikmal kali ini.

"What!!!"

Ikmal terduduk di kerusi batu yang ada di situ.

"Kenapa Hana tak pernah beritahu abangpun sebelum ini…?"

Airmata sudah bergenang di dalam matanya yang mula merona merah.

"Hana sendiri tak tahu bang…. Hana sendiri tak tahu Hakim adalah adik kandung abang. Abang selalu menceritakan pada Hana perihal adik abang. Tapi abang tak pernah berithau nama penuhnya. Abang fikir kalau Hana tahu perkara ini adakah Hana akan menerima kehadiran abang ? Abang ingat Hana boleh menyintai dua lelaki yang berkongsi darah yang sama pada satu masa…."

"Bukan begitu maksud abang. Tapi abang tak tahu macam mana keadaan boleh jadi begini. Abang …abang keliru….Ya Allah… kenapa boleh jadi begini…"

"Hana harap abang tak salahkan Hana dalam hal ini. Seperti yang Hana dah cakapkan pada mak dan Hakim semalam…bukan niat Hana untuk mempermainkan cinta Hakim dan jauh sekali untuk melukakan hati abang. Bukan jua niat Hana untuk membalas dendam pada Hakim. Kalaulah Hana tahu begini akhirnya perhubungan kita…Hana tak akan sesekali menerima abang dalam hidup Hana. Tapi kini mungkin segalanya sudah terlewat. Maafkan Hana bang….bukannya niat Hana untuk sama-sama menjerumuskan abang dalam konflik percintaan ini..Hana kalah bang…Hana kalah dalam setiap laluan percintaan yang Hana lalui. Hana tak setabah dulu untuk mengharunginya. "

"Hana nak tinggalkan abang begitu saja..? Hana tak kesiankan Afin ke…."

"Abang jangan cakap begitu. Hana terlalu sayangkan Afin dan Hana pun sayangkan abang . Tetapi Hana tak boleh terus hidup dalam kepura-puraan. Seperti yang Hana beritahu abang dulu… Cinta semusim yang pernah hadir dalam hidup Hana suatu waktu dulu adalah saat yang terindah dalam hidup ini. Cinta semusim itu adalah cinta pertama Hana dan kerana keindahan cinta itulah kami hanyut mengikut kata hati tapi akhirnya yang lemas Hana sendiri.

"Maafkan Hana sekali lagi dengan keputusan yang Hana buat ini. Hana andaikan cinta antara kita pun bersemi untuk semusim juga. Tapi terus terang Hana katakan keindahan cinta musim ini takan sama dengan musim yang lalu. Hana tak boleh terus hidup dalam kepura-puraan. Hana tak sanggup nak menambahkah kekusutan yang sedia ada jika kita meneruskan dengan hajat kita untuk berkahwin. "

Aku terus membiarkan Ikmal yang masih lagi berteleku di kerusi batu itu. Aku tidak mampu untuk memujuk hatinya yang kembali berdarah. Aku tahu bukan mudah juga baginya untuk menerima keputusan ini. Tapi aku tiada ikhtiar lain. Apakan dayaku…

Ku pegang tangannya dan ku letakkan dalam genggamannya rantai yang dia hadiahkan untuk ku pada hari jadi ku yang lalu….

"Maafkan Hana bang. Hana tak boleh menyimpan rantai ini lagi."

Ikmal terus merenungku dengan pandangan yang sayu .Dia sudah tidak malu lagi untuk menangis di hadapan ku.

"Hana, kenapa kita harus menempuh perjalanan hidup yang sebegini rupa. "

"Maafkan Hana abang, kerana bukan pinta Hana kegembiraan kita bertukar rupa. Hajat murni abang tidak kesampaian dek kerana cinta sumbang Hana dan Hakim dulu. Hana pohon ampun dan maaf serta halalkanlah segala makan dan minum Hana selama kita bersama . Sampaikan salam sayang dan peluk cium Hana pada Afin. Katakan padanya juga yang mummynya ini akan terus menyayangi dan merinduinya sampai bila-bila."


*************



Perjalanan hidup ku hari ini seperti sudah diatur. Jasmine memberhentikan keretanya di halaman banglo itu di saat aku benar-benar mengharapkannya. Dia keluar lalu bersalaman dengan mak, Sarah, Diba dan yang lain-lain. Hakim dari jauh hanya memerhati. Ikmal seperti sudah hilang arah. Dia masih lagi cuba merayuku.

Aku pantas naik ke bilikku dan mengambil beg yang sudah siap ku kemas tadi. Aku turun semula secepat yang mungkin. Kalau boleh aku ingin terus menghilangkan diri saat itu. Kalaulah keajaipan itu boleh berlaku… Tak sanggup rasanya untuk aku bertemu dengan mereka-mereka yang sudah menanti di luar. Melihatkan wajah-wajah mereka buat kali yang terakhir terutamanya anak kecil itu yang baru menerima kasih sayang ku. Hiba sekali kurasa ketika ini.

Aku memeluk erat Afin yang baru bangun dari tidur. Dia masih terpinga-pinga melihat keadaan aku yang sudah bermandikan airmata. Setelah bersalaman dengan semua yang ada , kecuali Ikmal dan Hakim, aku lantas mengajak Diba untuk keluar dari rumah itu.


*************


... bersambung

Nantikan bahagian terakhir tak lama lagi.


qalam Ifa Alyana pd 6:13 PM
:: ::

home



bsh... bersama kasih ku nukilkan, bersama sayang ku jalinkan, cinta ini hanya titipan buat ketabahan sebuah hati, biar ia kukuh menemani perjalanan berliku ke destinasi abadi... usah rindu jadi jemu, usaikan saja lara bersisa biar menjauh, jelanglah bahgia andai hadir nya di sisi cuma sebentar..
~Ifa Alyana~