Bersama Suara Hati
... bisikan nurani luahan sanubari
Tuesday, January 20, 2004

Cinta Semusim - bhgn 18

dari bhgn 17 | ke bhgn 19



Aku menangis dan menangis lagi di pangkuan Hakim… Apa yang harus aku lakukan kini…..

Ingatan ku terganggu dengan bunyi ketukkan di pintu. Sambil mengesat airmata yang menuruni pipi, aku pantas menuju ke pintu dan membukanya. Emak Ikmal yang juga emak kepada Hakim dan Sarah tersenyum memandangku..

"Boleh mak masuk…" Tanya ibu tua itu perlahan.

"Masuklah mak… kenapa tidak. Ini kan rumah mak, takan nak minta izin Hana pula. "

Daun pintu ku buka luas untuk membenarkannya masuk.. Dalam hati tertanya-tanya , apakah hajat yang tersirat di hati ibu tua ini. Dia masuk dan terus duduk di sofa kecil yang ada dalam bilik itu. Aku menurutinya sambil duduk di birai katil berhadapan dengannya.

"Boleh mak cakap sikit dengan Hana…" Kata-kata nya itu sudah menyebabkan jantungku berdengup kencang. Aku hanya mengangguk perlahan. Mata terus memandang ke arah ibu tua itu.

"Kalau Hana kenal Diba lebih dari lima tahun…bermaksud Hana juga kenal Ham kan ?"

"Ham… !" Hati ku berdetik seketika. Walaupun aku kurang mengerti dengan soalan itu tetapi nama itu pernah lahir dari mulut Hakim, lelaki yang pernah hadir dalam hidupku.

"Siapa Ham..?" Ku ulang nama itu padanya.

"Idham Hakimi, adik Ikmal dan suami kepada Diba…"

Aku tersentak… Adakah dia tahu sejarah hitam dalam hidupku…Malunya aku pada ibu tua ini . apakah pandangannya pada ku nanti. Patutlah Hakim beriya-iya bertanya siapa Ham pada ku dulu…

"Hana kenal dia kan…?" Dia mengulangi soalan itu…

Antara mahu dengan tidak.. aku terpaksa menganggukkan kepala. Terasa mataku panas. Aku cuba menahan airmata yang kembali bergenang di kelopak mata.

"Maafkan mak kalau mak menyebabkan Hana tidak selesa. Tapi hati mak yang dah tua ini tahu.. antara kamu bertiga terlalu banyak rahsia yang tersimpan. Mak belum tanya Diba kerana mak rasa lebih baik mak cakap dengan Hana dulu. Sebab pada pandangan mak Diba tidak setabah Hana. Lagipun dalam keadaan dia sekarang.. mak tak mahu dia bersedih. Takut memudaratkan kandungannya pula. Mak harap Hana faham ye.

Sekali lagi aku hanya mampu menggukkan kepala saja dengan kata-kata ibu tua ini.

"Sebenarnya…. Ham pernah menceritakan pada mak tentang Hana. Dia pernah minta mak memutuskan pertunangannya dengan Diba kerana dia betul-betul menyintai Hana. Dia tak boleh meneruskan perkahwinannya dengan Diba kerana dia tak pernah menyintai Diba. Tapi mak dan abah membantah keras kerana kami tidak tahu dan tidak kenal siapa Hana. Mak tak tahu, rupa-rupanya keputusan mak itu telah meluka dan mengecewakan banyak hati…"

Dia berhenti seketika sambil mengesat airmata dari pipinya sebelum menyambung kata-katanya.

"Tapi Idham anak yang baik. Dia tidak membantah bila mak dan abah tetap meneruskan perkahwinan mereka walaupun hatinya tidak suka. Tapi mak menyesal…., mak menyesal kerana perkahwinan mereka tidak bahagia. Walaupun mereka berpura-pura di hadapan mak dan yang lain-lain tapi mak tahu Ham dan Diba tidak gembira dengan perkahwinan mereka. Siang dan malam mak berdoa agar suatu hari nanti Ham boleh menyayangi Diba dan menerima pilihan mak ini. Dan seperti Hana tahu ..majlis hari ini pun adalah tanda kesyukuran yang mana akhirnya Diba mengandung juga. Mak agak tentu mereka dah bahagia.. tapi bila mak tengok tingkah laku dan pandangan mata Ham pada Hana tadi …mak tahu yang dia tak dapat melupakan Hana. Mak tahu Ham terlalu kecewa.

"Mak tak tahu , dalam hal ni siapa yang patut di persalahkan. Tapi mak nak tanya Hana dan mak minta Hana beri jawapan yang paling ikhlas dari hati Hana… Adakah Hana menerima Ikmal untuk menyakiti hati dan membalas dendam kepada Ham dan adakah Hana tahu yang Ikmal adalah abang kepada Idham…?"

Ibu tua itu masih memandangku meminta penjelasan dengan soalan yang di utarakannya.

"Maafkan Hana mak.. Haya tidak pernah menduga keadaan akan menjadi begini Hana tidak pernah berhasrat untuk memburukkan keadaan dalam kemelut percintaan kami. Tapi percayalah… Hana tidak tahu bahawasanya Ikmal Hafizi yang Hana kenal sekarang adalah abang kepada Idham Hakimi.

Hana tidak tahu mak,…memang Hana tidak tahu dan jauh sekali seperti andaian mak yang Hana hendak membalas dendam kepada Idham. Hana sendiri belum cukup bersedia untuk menghadapi suasana tegang begini tetapi Hana akan lebih tertekan jika mak berkata begitu.

Kalau Hana tahu… Hana tidak akan sesekali datang ke sini. Hana yang menghilangkan diri dari Ham dulu kerana Hana tidak mahu Diba kecewa .Hana terlalu sayangkan Diba dan Hana tak akan sesekali tergamak untuk mencuri kebahagiaan yang dia miliki kini. "

"Maafkan mak Hana. Mak terlalu sayangkan anak-anak mak dan mak sayangkan keluarga ini. Mak tak mahu andai ada di antara Idham mahupun Ikmal yang terluka. Begitu juga antara Hana dan Diba.

Mak adalah orang yang paling bahagia bila Ikmal memberitahu yang dia sudah menemui pengganti untuk menjadi ibu kepada Afin dan mak juga teramat bersyukur bila dapat tahu yang Diba sudah hamil sesudah dua tahun lebih mereka berkahwin. Tapi mak takut sekarang. Mak takut kebahagiaan dan kegembiraan ini takan kekal lama. "

Aku sudah tidak mampu untuk berkata-kata. Hanya airmata menjadi teman setia. Ibu tua itu akhirnya bangun dan duduk di sebelahku. Dia memeluk dan mengusap mesra rambut ku. Perlahan dia bersuara semula.

"Ikmal tahu tak tentang cerita Idham dan Hana dulu…? "

Aku mengesat air mata yang berjujuran dengan lengan baju sebelum mengumpul kekuatan untuk meneruskan "perbicaraan" dalam mahkamah yang tertutup ini.

"Saya dah ceritakan segala-galanya tentang kisah silam saya pada abang Ikmal tapi saya mahupun dia tidak tahu lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya dulu adalah adiknya sendiri"

Dalam sedu yang masih bersisa aku gagahkan juga untuk menuturkan ayat-ayat itu satu persatu. Ibu tua itu hanya menganggukkan kepalanya .

"Sekarang Hana rasa.. perlu tak Ikmal tahu keadaan yang sebenar ?"

Usulnya kali ini benar-benar membingungkan aku. Jika Ikmal tahu bermakna dia akan berhadapan dengan Hakim.. Aku tak dapat bayangkan apakah yang akan terjadi nanti…

"Terpulanglah pada mak… Hana ikut saja…" Aku bersuara juga walaupun berat hatiku untuk membuat keputusan itu.

"Tidak…. Dalam hal ni mak serahkan segala-galanya pada Hana. Buatlah mana yang Hana fikirkan baik. Yang penting jangan sampai ada yang terluka lagi. Maafkan mak ye kerana membuatkan Hana menangis begini. Mak tak sepatutnya bercakap hal ini dengan Hana sekarang kerana Hana adalah tetamu istimewa di rumah mak hari ni. Tapi bila mak tengok cara Ham pandang Hana tadi mak takut ada sesuatu yang tidak elok akan terjadi. Sebab tu mak buat keputusan begini. Maafkan mak sekali lagi ye Hana. "

Dia bangun sambil mengesat-ngesat airmatanya. Dia memeluk dan mencium kedua-dua belah pipiku sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Aku melangkah perlahan menuju ke tingkap cermin yang berhias indah dengan ukiran kayu. Ku pandang ke langit yang terbentang luas. Mengingatkan perkenalan ku dengan Hakim dan Ikmal adalah sesuatu yang amat membahagiakan. Dengan Hakim, aku belajar mengenal erti cinta tetapi dengan Ikmal aku belajar memberi dan menerima cinta serta erti sebuah kasih sayang .

Kini ku tahu, mengapa setiap kali terpandangkan wajah Ikmal aku seolah-olah melihat sesuatu yang istimewa disitu. Rupanya tanpa ku sedar melihat Ikmal adalah seperti melihat bayang-bayang Hakim. Mampukah aku membuat keputusan dalam keadaan terdesak ini.

Walau apapun yang terjadi… keputusan adalah di tanganku. Aku rela terus terluka dari membiarkan yang lain merana kerana keputusanku kini membabitkan emak dan abah Ikmal serta Idham sendiri. Dan yang paling penting… keputusan ini tidak akan melukakan hati Diba.

**********


.... bersambung


qalam Ifa Alyana pd 3:28 PM
:: ::

home



bsh... bersama kasih ku nukilkan, bersama sayang ku jalinkan, cinta ini hanya titipan buat ketabahan sebuah hati, biar ia kukuh menemani perjalanan berliku ke destinasi abadi... usah rindu jadi jemu, usaikan saja lara bersisa biar menjauh, jelanglah bahgia andai hadir nya di sisi cuma sebentar..
~Ifa Alyana~