Bersama Suara Hati
... bisikan nurani luahan sanubari
Wednesday, October 29, 2003



Hujan


Langit cerah sejak subuh menghilang, memandu dari Shah Alam menghala ke kota besar Kuala Lumpur kadangkala masih menggamit pandangan mata ini mensyukuri dan mengkagumi ciptaan Ilahi. Subhanallah... indahnya pandangan alam setelah hujan turun malam tadi.. membasahi bumi ini.. membersihkan jalanan dari debu-debu yang selalunya berterbangan.


Aku tiba agak awal di tempat parkir keretaku. Baru ada dua tiga buah kereta, penjaganya juga masih belum tiba. Nampaknya, hari ini aku akan membayar parkir selepas waktu pejabat, tidak seperti selalunya.. ku berikan RM 3 sebaik sahaja mengunci kereta sebelum melangkah melepasi kawasan Bollywood Pub yang berada di pepenjuru jalan. Jadi, wang yang sepatutnya ku beri pada si penjaga parkir kusimpan kembali ke dalam saku beg tangan ku. Sebaik aku mengangkat wajahku untuk berjalan semula, aku jadi terpaku. Terpempan kerana sebuah kedai makan yang bersebelahan Club itu telah hilang.. tanahnya mendatar.. pastinya bukan bersih disirami hujan yang mencurah malam tadi.. sebaliknya, pasti dikerjain DBKL. Ohh.. hilang sudah rezki pekerjanya yang merantau, hilanglah satu tempat persinggahan teman-temanku untuk bersarapan pagi. Hmm.. dunia, di mana ada kuasa, di situ pastinya ada yang tertindas. Ahh.. aku asyik memperkata orang.


Hujan,
turunnya kadang rintik
kadang mencurah
angin menderu mengiringi
tempias titisannya selalu dirunguti..

apa salahnya hujan..
bukankah ia penyejuk alam
penghibur orang lara dikecewakan
penawar orang kepanasan beradu

rahmat Ilahi rahmat tak bertepi
datangnya rahmat kadang disifat bencana
jika bencana.. sebenarnya sekadar menduga
mengingat hambanya agar jangan alpa
.. sesungguhnya yang esa kekal di sana.


buat seluruh muslim...
selamat menyambut ramadhan almubarak, moga segala ibadah kita diterimanya.. aminn

qalam Ifa Alyana pd 9:43 AM
:: ::

home



bsh... bersama kasih ku nukilkan, bersama sayang ku jalinkan, cinta ini hanya titipan buat ketabahan sebuah hati, biar ia kukuh menemani perjalanan berliku ke destinasi abadi... usah rindu jadi jemu, usaikan saja lara bersisa biar menjauh, jelanglah bahgia andai hadir nya di sisi cuma sebentar..
~Ifa Alyana~